Zizan Juara Super Spontan Musim Pertama
Setelah 10 minggu berentap dalam Gelanggang Super Spontan, sebentar tadi 6 finalis Super Spontan iaitu Zizan, Johan, Tauke, Suhaimi, Rofie dan Rahim berentap dalam merebut kejuaraan pertama. Zizan akhirnya diumumkan sebagai Juara Super Spontan musim pertama. Johan pula di tempat kedua dan Tauke di tempat ketiga.
Permainan yang dimainkan malam ni ialah :
- Beku,
- Sketsa Dari Topi Puaka,
- Pilihan Lain,
- Ciptaan,
- Laguku Untukmu.
Menarik di episod akhir Super Spontan tadi, Pasukan Harimau Malaya telah mencabar Team Super Spotan untuk lawan bola sepak..
Afdlin Sauki telah bersetuju menyahut cabaran tetapi dengan meletakkan syarat, iaitu pasukan Harimau Malaya kena ikut peraturan di dalam Super Spontan.. Cool!
Keputusan Penuh Super Spontan 2012:
- Juara : Zizan (Sebuah kereta Camry dan wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi)
- Naib Juara : Johan (Wang tunai bernilai RM50,000 beserta trofi)
- Tempat ketiga :: Tauke (Wang tunai bernilai RM25,000 beserta trofi)
Saguhati: Rahim, Ropie & Suhaimi (Wang tunai bernilai RM5000 setiap seorang beserta trofi)
Di akhir penyampaian hadiah pemenang, Zizan sempat menyatakan, kemenangan ini bukan sahaja untuk beliau, tetapi untuk JoZan juga. Zizan juga menyatakan, “tiada siapa boleh pisahkan JOZAN” dengan nada sebak. Kelihatan Johan cukup terharu dengan kata-kata Zizan.
Apa-apapun, tahniah kepada Zizan, Johan, Tauke, Ropie, Suhaimi dan Rahim atas lawak spontan dan hadiah yang dimenangi dari kami di Leypark.com.
Carian Anda :
- lawak spontan zizan dan johan (36)
- super spotan (17)
- super spotan akhir (16)
- ayat cinta spontan (3)
- ayar lawak spontan (1)
- jozan tiada orang boleh pisahkan (1)
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











errrrr! memang lawak gila lah SUPER SPONTAN ini! yeahhh……..