[Video] Pengumuman Secara Rasmi Pembubaran Kumpulan Sepah Oleh Jep
Mungkin ramai yang dah tahu atau mungkin ramai juga yang tidak tahu lagi tentang pembubaran kumpulan Sepah yang diumumkan oleh Jep pada bulan lepas. Dikatakan punca pembubaran ini berpunca daripada masalah disiplin ahli kumpulan sepah itu sendiri.
Sayang seribu kali sayang kerana Sepah yang terdiri daripada Jepp, Shuib & Mamat telah membubarkan kumpulan itu dikala mereka mengecap populariti. Menurut Shuib, niat untuk berpecah sudah lama dibincangkan dan secara rasminya mereka mengumumkan berita tersebut kepada pihak media.
Jepp selaku ketua kumpulan walaupun berat untuk melepaskan kumpulan ini, namun diturutkan juga kerana telah lama memendam rasa. Menurut Jepp, nilai displin kumpulan Sepah semakin berkurangan selepas memenangi gelaran Raja Lawak 2009 & terus tenggelam apabila mereka berjaya mencipta nama, baru-baru ini.
Peminat Sepah sudah tentu kecewa dengan berita perpecahan ini. Bukan apa, sudah lama peminat tidak dihidangkan dengan lawak bersifat sinikal tempatan yang bijak. Lagi pun, andai kata Jepp, Shuib atau Mamat bergerak secara solo, sudah tentu chemistry‘nya lain sama sekali. Walau apa pun, jika anda peminat sepah atau suka akan lawak-lawak mereka, teruslah menyokong ketiga-tiga pelawak baru ini, okay! All the best too Jep, Mamat dan Sepah.
Carian Anda :
- jep sepah (2866)
- kereta jep sepah (1385)
- gambar kereta jep sepah (183)
- jep sepah sakit (25)
- film Bujang Sepah Silalalitamplom (2)
- mamat sepah sekarang (1)
- sepah tok ketua watch online (1)
- shuib sepah (1)
Category: Video
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)
![[Video] Pengumuman Secara Rasmi Pembubaran Kumpulan Sepah Oleh Jep [Video] Pengumuman Secara Rasmi Pembubaran Kumpulan Sepah Oleh Jep](http://leypark.com/wp-content/uploads/2011/09/sepah.jpeg)
![[Video] Pengumuman Secara Rasmi Pembubaran Kumpulan Sepah Oleh Jep iklan1 [Video] Pengumuman Secara Rasmi Pembubaran Kumpulan Sepah Oleh Jep](http://rm20segera.com/banners/iklan1.gif)










Comments (3)
Trackback URL | Comments RSS Feed
Sites That Link to this Post