Video Ogy Jelas Tak Jadi Saman Johan Raja Lawak

| 26/03/2012 | 0 Comments

 

ogy dan johan Video Ogy Jelas Tak Jadi Saman Johan Raja Lawak

Ogy Batal Hasrat Saman Johan Raja Lawak

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.

Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.

Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.

“Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

“Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia,” katanya.

Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.

Ogy berkata dia membuat keputusan itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.

“Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.

“Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda,” katanya.

Ogy juga berkata, insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak.

iklan1 Video Ogy Jelas Tak Jadi Saman Johan Raja Lawak

Carian Anda :

  • ogy dan johan gaduh (1)

Tags: , , , , , , , ,

Category: Gossip Panas, Video

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: