Umur Had Persaraan Bagi Pekerja Swasta Naik 60-64 Tahun

| 03/10/2011 | 0 Comments

simpanan untuk persaraan Umur Had Persaraan Bagi Pekerja Swasta Naik 60 64 Tahun

Kerajaan sedang menggubal satu undang-undang baru bagi menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun.

Di bawah akta baru yang bakal dinamakan undang-undang umur persaraan sektor swasta, seseorang pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja terbabit boleh dilanjutkan khidmat mereka selama empat tahun lagi.

“Bermakna usia persaraan akan dilanjutkan daripada 55 tahun pada masa sekarang kepada 60 tahun dan seseorang pekerja masih berupaya dan diperlukan, dia boleh terus bekerja selama empat tahun lagi,” kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Halim Mansor kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan perubahan itu akan membawa pindaan ke atas Akta Kerja dan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jika perubahan itu menjadi kenyataan ia akan memanfaatkan hampir enam juta pekerja, yang merupakan pencarum KWSP.

The Malaysian Insider juga difahamkan kesemua pihak berkepentingan telah melahirkan persetujuan ke atas undang-undang baru ini kecuali satu wakil majikan.

Halim berkata perkara itu telah dihalusi oleh jawatankuasa teknikal yang mengkaji rang undang-undang tersebut tetapi MTUC mahu aspek kebajikan dan ganjaran pekerja turut diambil kira.

“Jawatankuasa teknikal ini telah bermesyuarat dua, tiga kali dengan yang terakhir sebelum sambutan Aidilfitri,” kata beliau sambil menambah, mesyuarat majlis am MTUC semalam turut telah menyentuh perkara tersebut.

“Kami mahu beberapa perkara dihalusi, isu ganjaran, caruman KWSP dan faedah Perkeso,” katanya.

Sebelum ini, MTUC telah menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk menggunakan dengan optimum tenaga kerja negara ini.

Sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan.

Justeru, MTUC telah mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Kerja 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun.

Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun.

Badan induk kesatuan sekerja itu merasakan bahawa majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan bolehmenyumbang melalui kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki.

Halim berkata MTUC mahu kerajaan memasukan soal ganjaran dan kebajikan pekerja apabila undang-undang umur persaraan sektor swasta ini diperkenalkan nanti.

“Kami akan meminta kerajaan mengambil kekurangan yang ada dalam Akta Kerja apabila undang-undang umur persaraan sektor swasta diperkenalkan,” katanya lagi. via Themalaysianinsider.

Noted : Bagi pendapat aku, jika anda kuat kerja macam mana sekalipun, jika masih bekerja di bawah orang yang mempunyai syarat tetap had umur persaraan, anda pasti ketinggalan dalam menikmati hidup ini. Berniaga adalah jalan terbaik. 20x20 big smile Umur Had Persaraan Bagi Pekerja Swasta Naik 60 64 Tahun

iklan1 Umur Had Persaraan Bagi Pekerja Swasta Naik 60 64 Tahun

Carian Anda :

  • ganjaran persaraan swasta (1)
  • had umur kerja swasta (1)
  • tips pengurusan gaji (1)

Tags: , , , , , , , ,

Category: Berita, Info

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: