Ujibakat 1 Juta Money Drop Musim Ke 2 Bermula 1 September 2012

| 30/08/2012 | 0 Comments

Dato AC Mizal bersama para peserta Ujibakat 1 Juta Money Drop Musim Ke 2 Bermula 1 September 2012

Kejayaan program RM1,000,000 Money Drop, menyebabkan pihak Astro meneruskan kesinambungan dengan menganjurkan uji bakat musim kedua yang akan diadakan bermula 1 September ini di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, berdasarkan kepada sambutan menggalakkan, pihaknya yakin rancanganitu untuk musim kedua akan mendapat sambutan hangat.

“Ternyata eksperimen kami dalam menyiarkan program hiburan berbentuk permainan yang menguji kepintaran peserta dan kebijaksanaan melabur mendapat tempat yang baik di kalangan penonton,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Tambah Raqim, selain memberikan variasi pilihan rancangan hiburan, RM1,000,000 Money Drop, memberi peluang kepada seisi keluarga berkumpul dan berkongsi pengetahuan am dengan suasana santai selain mendidik mereka dan penonton daripada aspek pengurusan risiko dan pelaburan.

“Kami menjangkakan program ini mengulangi fenomena serupa untuk musim kedua dan menerima sambutan luar biasa pada sesi uji bakat yang akan datang,” katanya.

Pada musim pertama, pasangan bapa dan anak, Izhar Mohd Idris dan Mas Syahmi Izzah Izahr berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM240,000 dengan hanya menjawab beberapa soalan.

Dalam pada itu, Raqim berkata, pihaknya akan berkunjung ke empat buah lokasi uji bakat bermula di

  • Hotel Ixora, Pulau Pinang (1 dan 2 September),
  • Hotel Permai, Kuala Terengganu (7 dan 8 September),
  • Hotel The Zon Regency, Johor Bahru (8 dan 9 September)
  • Hotel Gardens, Mid Valley Kuala Lumpur (15 dan 16 September).

Raqim memberitahu kaunter pendaftaran bagi setiap sesi uji bakat dibuka dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

“Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang).

“Hadirkan diri di lokasi uji bakat secara berpasangan seperti suami isteri, kawan dan sebagainya. Mereka yang berminat untuk menyertai rancangan ini perlu mempunyai pengetahuan am yang luas serta berperwatakan ceria,” katanya.

RM1,000,000 Money Drop, musim kedua bakal bersiaran di saluran Astro RIA (saluran 104) bermula 20 Oktober depan.

iklan1 Ujibakat 1 Juta Money Drop Musim Ke 2 Bermula 1 September 2012

Carian Anda :

  • 1 juta money drop (158)
  • ujibakat 1 juta money drop (121)
  • 1 juta money drop astro (31)
  • 1 juta money drop 2012 (24)
  • ujibakat money drop musim kedua (21)
  • satu juta money drop 2012 (16)
  • one money drop (15)
  • satu juta money drop (14)
  • ujibakat money drop 2013 (14)
  • one drop money astro (13)

Tags: , , , , ,

Category: Info

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: