Uji Bakat Raja Lawak 6 Astro Kini Di Buka, Senarai Lokasi Uji Bakat

| 09/10/2011 | 7 Comments

 

6948 Uji Bakat Raja Lawak 6 Astro Kini Di Buka, Senarai Lokasi Uji Bakat

Rancangan yang paling diminati ramai iaitu Raja Lawak Astro telahpun menutup tirai untuk musim ke-5 beberapa bulan yang lepas. Begitu juga rancangan Maharaja Lawak yang mengumpulkan Juara dan Naib Juara Raja Lawak bagi semua musim baru menutup tirai persembahan baru-baru ini.

Rancangan Raja Lawak Astro musim ke-5 telah dimenangi oleh Abdul Rahman Kassim atau lebih dikenali dengan panggilan Man manakala kemuncak Maharaja Lawak telahpun dimenangi oleh kumpulan Sepah. Bermula bulan Oktober 2011, Astro sekali lagi bakal menganjurkan ujibakat bagi pencarian bakat baru untuk rancangan Raja Lawak musim ke-6 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ujibakat Raja Lawak Musim Ke 6 akan bermula pada 8 dan 9 Oktober 2011 di Godown Amphitheater, Kuching, Sarawak dan akan tamat pada 19 dan 20 November 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh bagi ujibakat Rancangan Raja Lawak Astro musim ke-6:

  • Sarawak – Godown AmphiTheater Kuching Waterfront, 8 hingga 9 Oktober 2011
  • Sabah – 1 Borneo Kota Kinabalu , 15 hingga 16 Oktober 2011
  • Pulau Pinang – Prangin Mall, 22 hingga 23 Oktober 2011
  • Pahang – Kuantan Berjaya Mega Mall, 29 hingga 30 Oktober 2011
  • Selangor – SACC Mall, Shah Alam 12 hingga 13 November 2011
  • Johor – Plaza Angsana Johor Bahru, 19 hingga 20 November 2011

Nota: Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat ujibakat, sila rujuk di laman web Astro: http://www.astro.com.my/rajalawak

Bagi anda yang berminat menyertai ujibakat pencarian Raja Lawak musim ke-6, sila download terlebih dahulu borang pendaftaran.

iklan1 Uji Bakat Raja Lawak 6 Astro Kini Di Buka, Senarai Lokasi Uji Bakat

Carian Anda :

  • ujibakat raja lawak 7 (289)
  • ujibakat raja lawak 2013 (101)
  • ujibakat raja lawak musim ke 7 (61)
  • ujibakat raja lawak musim 7 (43)
  • tarikh ujibakat raja lawak 2013 (38)
  • tarikh ujibakat raja lawak 7 (30)
  • Audition raja lawak 7 (29)
  • raja lawak 7 (22)
  • audition raja lawak 2013 (21)
  • uji bakat raja lawak 7 (19)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Info

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: