Tips : Teknik Yang Boleh Anda Gunakan Jika Tertinggal Cermin Mata

| 14/09/2011 | 1 Comment

Teknik ini khas kepada mereka yang mempunyai masalah rabun jauh atau dekat. Tentu amat sukar jika anda yang memakai cermin mata tetapi tidak ada cermin mata kerana pecah, hilang atau lupa membawanya dan sebagainya terutama bagi orang yang sudah berumur 40 ke atas.

Contohnya semasa kita berada disebuah supermarket ingin melihat harga yang tertera pada barang yang akan kita beli. Yang mana hurufnya kecil, kita tidak membawa cermin mata.

Dalam keadaan darurat ini ada satu cara untuk mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik “Pinhole Effect”. Prinsip efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata (kelainan penurunan penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.

Fig 13 Effect of Large Pinhole Tips : Teknik Yang Boleh Anda Gunakan Jika Tertinggal Cermin Mata

Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat dari sebuah kedbod kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada kadbod tipis atau kertas tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pulpen. Sehingga kita dapat mengintip melalui celah lubang tersebut. Dikatakan huruf yang kecil akan nampak!

Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu membuat kertas berlubang kecil tadi ialah dengan menggunakan tangan kanan kita.

Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas berlubang tadi.

Teknik jika tertinggal cermin mata Tips : Teknik Yang Boleh Anda Gunakan Jika Tertinggal Cermin Mata

Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat dibaca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat. Cuba anda buat sekarang. Buat seperti gambar di atas, kalau yang selesa menggunakan mata kanan, halakan mata kanan ke lubang celah jari itu. Kalau selesa mata kiri, gunakan yang kiri. Anda akan nampak dengan jelas benda yang anda ingin lihat sama seperti memakai cermin mata jauh atau dekat. 20x20 big smile Tips : Teknik Yang Boleh Anda Gunakan Jika Tertinggal Cermin Mata Hope tips ini dapat membantu anda semua.

iklan1 Tips : Teknik Yang Boleh Anda Gunakan Jika Tertinggal Cermin Mata

Carian Anda :

  • cermin mata (62)
  • cara menghilangkan rabun jauh (42)
  • cermin (14)
  • cermin mata terkini (14)
  • cara hilangkan rabun jauh (11)
  • petua hilangkan rabun jauh (10)
  • cara menghilangkan rabun jauh pada mata (9)
  • cara menghilangkan rabun (8)
  • petua menghilangkan rabun jauh (6)
  • cara cara menghilangkan rabun jauh (6)

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tips

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Wid Widuri says:

    tetap xnmpk juga..huhuuu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: