Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit

| 12/09/2011 | 44 Comments

Assalamualaikum kpd semua pembaca blog Leypark.com yang tak seberapa ni. Ngee. Kali ini aku nak bercerita sikit la pasal agensi pengiklanan yang boleh di buat duit. Kepada blogger-blogger sekalian, mesti mempunyai tujuan dalam berblogging kan? Ada juga sebab nak buat income, ada juga yang ingin menyampaikan informasi dan ada juga untuk melalut-melalut. (yang ni x letak iklan, just nak lepaskan perasaan je. hahaha!) Tapi most important dalam berblogging ini mestilah dalam menyampaikan sesuatu perkara dan semestinya nak cari duit poket sikit kan?

Buat Duit dengan Blog Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit

Adakah mustahil buat duit dengan hanya berblogging? Bagi yang dah lama dalam dunia blogging ini, seperti Denaihati.com , 2dayblogger.com , kujie.com , puanbee.com , faizalfredley.com dan beberapa nama besar lagi dalam dunia blogging ini mestinya ‘tidak’ jawapan mereka. Cuma perlukan kesungguhan, idea kreatif dan penulisan yang mungkin menarik pembaca untuk teruskan membaca blog anda. Dan juga, semestinya ‘sukar’ jawapan yang akan diberikan oleh individu lain yang tak pernah atau tak tahu apa itu dunia blogging. Rite? Kepada anda yang di luar sana, yang rasa menganggur dan nak cari duit sikit, bermula la dengan blogging. heheee!

Seperti blog-blog otai di atas, mereka juga memberikan banyak tips dalam berblogging. So, kalau nak belajar, boleh la terjah blog dorang ok. Aku dah melalut jauh kot ni. Hahahaha! Okay, syarikat pengiklanan di Malaysia ni ada banyak. Antaranya nama besar Nuffnang, Advertlets, Innity, Admax, Adsfactor, 701panduan dan banyak lagi. Yang aku dah guna  Advertlets, Innity, Admax, Adsfactor, Nuffnang. Yang 701panduan tu aku dah apply tapi sampai sekarang tak ada jawapan, dekat 2 bulan dah kot. adeh! Aku hanya akan senaraikan 4 syarikat ini sahaja mengikut pengalaman aku dalam berblogging ini.

Nuffnang :

Nuffnang merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Pelantar dalam talian ini membolehkan pihak pengiklan menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar. Nuffnang kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia. Pasukan-pasukan di setiap pejabat giat berusaha menghubungkan jenama-jenama produk kepada para blogger. Di antara para pengiklan Nufnang ialah Citibank, Nokia, Sony, Procter & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi. Selain pengiklanan berasaskan blog, Nuffnang juga membina reputasi dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar, bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi. Sejak kebelakangan ini, Nuffnang telah menjadi tumpuan media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain atas kejayaan mencipta komuniti baru di dalam alam maya.
Antara istilah penting yang perlu anda tahu tentang Nuffnang iaitu:- Campaign (CPC)Buffered Earnings (BE/CPM)Advertorials (Ads)Campaign (CPC) / Cost Per Click.
Pada permulaan, Earning anda biasanya bergantung kepada click per visitor anda kepada iklan. Iklan bagi Campaign CPC ini selalunya muncul dari pukul 12.00 AM hingga 12.00 PM. Kadang-kadang ianya tidak menentu. Bergantung kepada Nuffnang nak bagi iklan apa kepada anda. Tips: Pada tahap permulaan ini, anda perlu rajin blogwalking dan mengupdate blog anda pada setiap hari untuk menarik traffik yang tinggi ke blog anda. Apabila traffik anda tinggi; sekurang-kurangnya 100 unique visitor setiap hari, maka peluang blog anda mendapat BE sangat cerah!
Buffered Earnings (BE/CPM) : Earning anda bergantung kepada jumlah unique visitor yang maintain 100+/200+ sehari. Iklan yang dikeluarkan adalah bergantung kepada Pengiklan/Advertiser. Sekiranya Pengiklan /Advertiser tertarik dengan blog anda, pihak mereka akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda. Earning nih akan tamat selepas Pengiklan/Advertiser yang menyewa iklan di blog anda mecapai unique visitor yang dikehendaki mereka. Ianya juga dikenali sebagai Metered Earning (ME). Tips: Semasa mendapat BE, semakin tinggi Unique Visitor, semakin tinggi Earning a.k.a duit anda dapat!
Advertorials (Ads) : Earning yang paling ‘dikehendaki’ di dalam Nuffnang. Earning ini diberi kepada blog-blog yang bertaraf profesional, di mana unique visitornya setiap hari mencapai ribu-riban! Sekiranya ada Pengiklan/Advertiser yang tertarik dengan blog anda kerana unique visitor anda yang ribu-riban itu, maka mereka dengan sukacitanya akan beriklan dengan anda. Kadangkala, secara senyap-senyap. Anda pun tak tahu bila anda perolehi Earning tersebut. Caranya ialah anda dikehendaki menulis post berkenaan produk terbaru mereka di dalam blog mereka. Bila mereka kesan blog anda, mereka dengan sukacitanya akan membayar anda dengan jumlah yang tinggi! Namun begitu, untuk memperolehi iklan ini, anda perlulah mempunyai unique visitor yang sangat tinggi dalam masa sehari..

Innity :

Bagi aku kalau nak tanya yang mana paling best, aku boleh cakap yang Innity the best! Aku apply innity ini dah 4 bulan dan dah pakai dah pun. Masa mula-mula nak try apply iklan ini, aku terfikir lepas ke tidak, yelah traffic tak banyak mana pun blog aku lagi satu tu. Aku tunggu 2 hari kot untuk dapat email dari Innity yang menyuruh aku attach butiran unique visitor dan pageviews sebulan. Apa lagi, cepat-cepat aku hantar dan keesokkan harinya. “Dear Sir, Thank you for registering on network.innity.com. Your account has been created successfully.” Heheee! Senang tak? Nak tahu rahsia? Sila la tanya. 20x20 big smile Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit
By the way, syarat untuk apply Innity ini adalah seperti berikut :
-Setiap bulan pageviews kena la atas 100,000 pageviews. (Ini dah naik dah, masa aku apply 60,000 pageviews je dia nak)
-Unik visitor kena ada dalam 20,000 unik visitor. (Anda dah lepas untuk sebulan? Nak tahu tips? Tanya la) hehee!
-Blog tak boleh berunsurkan porno, arak dan lelain lagi.
-Blog kena la update setiap hari. Make sure update la blog dalam 3 – 5 post sehari.
-Kalau anda pernah apply dan kena reject, dan betul-betul nak join innity, sila la apply untuk bulan berikutnya. Bukan bermakna anda dah apply and then kena reject dah tak boleh apply. Boleh je apply bulan berikutnya ok. 20x20 big smile Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit
Kalau nak lebih details, dekat ini.
Berapa dah aku dapat dari innity? Well, sekali kalau anda dah apply dan diaccept, percayalah cakap aku, paling koman pun anda punya income sebulan RM500 dalam tangan. itu pun post lebih kurang dan tak aktif sangat je aku buat bulan lepas. Heheeee! Kalau aktif, macam mana? 20x20 big smile Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit

Admax Network :

Ok, yang ini aku nak share sikit dengan anda semua. Aku tengok tak ramai yang guna servis pengiklanan admax network ini. Baru-baru ini keluar berita tentang syarikat pengiklanan Admax ini yang katanya menjadi leading di asia dalam servis pengiklanan. Berita yang keluar di Utusan Online, (baca sini) admax mendahului semua syarikat pengiklanan di asia kini. Innity jatuh kepada tempat kedua. Bukan aku nak bandingkan apa-apa pun, bagi aku innity memang the best tapi bila aku dah pakai admax ni, (dah 2 minggu dah approve) income dan impression dekat admax juga tinggi.
Tengok screenshoot di bawah : Klik untuk besar.
Publisher Dashboard Campaign Manager Admax 300x157 Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit
Baru 2 minggu, aku dah dapat 5 campaingn. 4 running dan 1 pending. Best ke? Yup, memang best sebab admax bayar via Usd Dollar beb! Kalau impresion usd2.80, berapa dah kalau convert ke duit Malaysia? Nak cuba? Terjah sini . Tapi syarat-syarat mereka agak ketat lagi berbanding Innity. Ketat macamana? Kalau anda dah lepas untuk dapat Innity, syarat dia atas lagi dari Innity. Cuba la apply 20x20 big smile Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit
Adsfactor :
Ok, ini lagi satu syarikat pengiklanan yang anda boleh cuba. Adsfactor ini juga macam innity, lebih kurang juga la. Macam mana tu? Kalau innity bawa kereta dengan kelajuan 100km/j, adsfactor follow dalam 95km/j. Hahahaa! Tapi depan innity ada Admax tengah memandu 200km/j berbanding innity. Hahahaha! Aku dah apply dan dah approve dah pun. Tapi sampai sekarang aku tak dapat apa-apa campaingn lagi. Aku ada emel Yee Loon Heong tanya pasal campaingn, lepas tu dia speaking balik “At the moment, there’s no active paid campaign for your site. Give it a few weeks.” So, bermakna lepas approve kena tunggu sebulan lebih kot untuk dapat paid campaingn. Rasanya la. Nak tengok bagaimana rupa bentuk dashbord Adsfactor? Dekat bawah :

Dashboard Adsfactor 300x271 Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit

Macam biasa, klik untuk besar.

Simple je kan? Lagi kemas kowt dashboard innity dan Nuffnang. Huhuu! Bila la agaknya aku akan dapat paid campaingn dekat Adsfactor ni ek? Adeh! Berminat dengan Adsfactor? Boleh isi form dekat sini.

So, mengikut nama-nama syarikat pengiklanan di atas, mana satu idaman kalbu anda? Hehe! Kepada blogger baru, cuba dulu Nuffnang. Kepada yang dah lama, nak up kan income dari blog, cuba la antara Admax, Innity dan Adsfactor tu. Pasti puas hati. Semoga berjumpa lagi.

P/s : Ada yang nak tips dapat Admax dan Innity? Cer komen! Hahahaha! 20x20 big smile Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit

iklan1 Syarikat Pengiklanan Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buat Duit

Carian Anda :

  • syarikat pengiklanan (19)
  • syarikat pengiklanan di malaysia (5)
  • adsfactor dan admax (2)
  • bayaran dari adsfactor (1)
  • nama yang unik untukv syarikat (1)
  • publisher dashboards (1)
  • syarikat pengiklanan malaysia (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Buat Duit, Innity, Tips

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Comments (44)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Tutorial Cash Out Earning Dari Admax Network | Leypark [Dot] Com | 16/03/2012
  1. atiqsalleh says:

    tak pernah dapat BE.. even traffic lebih 100

  2. hantu says:

    bro..baru lepas apply admax..lepas tu dapat email dari dia suh isi borang.tengok gaya cam kene print je.xmacam innity.xpaham.cer citer sikit

  3. OhJob says:

    bro.. bykkan cerita psl admax..xbape phm la..dh lepas n dpt acc..nak setting adspot dye camne? ecpm minimum bro taruk brape? byk nk tanye nie.. hehehehe
    OhJob nak shared pasal..(31 Oktober 2011) Jawatan Kosong Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri KedahMy Profile

  4. manja says:

    hummm, nk mintak nasihat sikit dari blog otai ni..mcm mana nk treat innity tu..da dua kali blog kena reject.:(

  5. manja says:

    dah capai dah semua tu. tapi dia cakap content dalam blog tak penuhi criteria. tu nak mintak tips2 tu.hehehe..

  6. manja says:

    ni link blog, manja admin situ http://www.kemahkemim.com/ dan satu agi
    http://kakibising.com/ dua-dua kena reject. hehe tpi blog bese2 je

    • Mr Leypark says:

      itu bukan blog biasa dah tu.. ini tahap super daaa..
      pemes blog kemahkemim n kakibising tu.. haha
      sebenarnya tak ada yg tak lepas.. patutnya dah lepas dah..
      sebenarnya baru2 ni ada jugak apply innity utk blog ke 3, baru td dpt email dr innity.. dia pun cakap tak penuhi criteria.. rasanya now dah byk sgt apply innity kot, itu kena reject tu.. email dia ckp pun byk yg dia reject.. kena cuba bulan depan lagi la.. kenapa x try admax? :) Mr Leypark nak shared pasal..[Video] Animasi Idea Dari Nabil Sempena Majlis Perkahwinannya – TAHNIAH!My Profile

  7. manja says:

    kalau blog super ni, mesti pakai innity macam blog http://leypark.com.
    dulu masa kemahkemim yang blogspot memg dapat innity tapi nasib tak baik, blogspot tu da diremoved gogle.Sebab tulah bina balik pakai wordpress. Kiranya memng da merasa jugak palai innity dulu. Mungkin jugak ramai yang apply kot. Sekarang dalam proses apply admax. Kalau ada rezeki adalah tapi innity best.hehe. Admax ni ok x?

  8. manja says:

    tulah tapi nak teruskan apply innity.sebb innity best.mungkin xde rezeki lagi.terima kasih atas layanan admin.

  9. hantu says:

    salam..bro..iklan admax tu memang xkua eh?yang campaign xkeluar pon?yang keluar cuma iklan green admax tu je… ke admax memang macam tu?iklan dia jarang2 je kluar?baru psang 3,4 hari. tapi ada dapat campaign yang dah running tapi xkluar pon kat blog.

    dan ada juga kempen yang tengah pending.tengah tunggu yang tu running,kalo xkluar juga maknanya plik lah.huhu

    impression ada la juga naik skit2,tapi xbanyak sebab cuma ada iklan admax je.

    ah pening2.huhu

    • Mr Leypark says:

      wasalam bro.. baru pasang 3-4 hari mmg standard mcm tu la bro.. dulu aku pasang pun sama jugak cmtu.. impression mmg jln tp impression utk iklan admax hijau kuning tu je la.. selalunya campaign akan keluar lepas seminggu or 2 minggu.. aku ada email jugak staff admax dulu, ada tanya jugak sebab nape x keluar campaign padahal dlm dashbord mmg dah ada campaign yg running..

      staff admax tu ckp mmg amik masa seminggu dua utk code tu aktif sepenuhnya dkt blog kita.. :) so, sabar je.. bila dah keluar iklan satu dua, lepas tu akan berdesup keluar iklan yg lain dan ko pun akan dpt email dr admax yg masuk mengenai campaign je lepas tu.. setakat ni aku dah dpt lebih 300 campaign dah.. hehee

      yg pending tu biarkan aje.. nnt dia akan running sendiri..
      Mr Leypark nak shared pasal..Tonton/Watch Online Filem Libas Full Movie 2011My Profile

  10. hantu says:

    giler..admax memang top ah, baru 2 ari pasang….nant jangan lupa buat tutorial cara nak cashout yer.huhu

  11. Awek Pening says:

    Salam,saya nak tanya,saya dah 4 hari pasang iklan admax tu,CPM campaigns pun dah running,tetapi masalahnya kenapa ads x kluar iklan campaign pun,asyik kluar ads “go green”admax jer

    Rasanya kode ads tu saya dah pasang btl,ambik pada email yg disend.

    ataupun perlu lakukan cara lain? boleh tolong jelaskan x?

    • Mr Leypark says:

      wasalam.. maaf lambat reply.. agak busy sikit..

      mengikut komen2 di atas, sy dah terangkan sudah.. mmg campaign dah running tapi akan mengambil masa untuk iklan itu keluar.. ia akan ambil masa 2 minggu sebelum keluar ads campaign.. sebabnya mahu bagi script ads tu sesuai dengan blog kita..
      Mr Leypark nak shared pasal..Download Filem Papa I Love You 2011My Profile

  12. TopiJerami90 says:

    rasa berkenan je dengan admax 2,berapa requirement nya ek?
    TopiJerami90 nak shared pasal..PIKOM PC FAIR 2012(1) Tarikh Dan TempatMy Profile

  13. JR says:

    gua bru je lulus dgn admax ni..huhuhu.. dah pernah cash out ke bro dgn admax ni?
    JR nak shared pasal..MR.BEAN MENINGGAL DUNIAMy Profile

  14. HafizRahman says:

    innity skarang lagi ketat..dia nak 200k pv sebulan…gila betul..ak baru capai 198k..itupun tak lepas ..sikit lagi je pun..huhu
    HafizRahman nak shared pasal..Happy Birthday To Myself , Terima Kasih Semua Yang WishMy Profile

  15. iza says:

    boleh tolong terangkan nak isi apa ya di sni >

    Company*:
    SWIFT:
    Finance Contact Email:

    IT Contact Email:

    bingung nak isi borang aplication tu..:)

  16. izaa says:

    tumpang tnya.msih newbie..saya dah dpt 12 campaign dri admax smlm..di sent di email..tpi kalo saya login, n pergi dkt campaign manager, dia tulis sana no campaign..lepas saya dpt email tntg campaign tu..ada apa2 yg saya nak buat tak? atau biarkan saja?

  17. izaa says:

    dah 5 hari..ada yg dah msuk dkt campaign manager..tpi status pending..jadi hanya tggu sja? nnti akan running sndiri?

  18. ameer says:

    setakat ni gune nuffnang je. tapi tak pandai la berblog.untuk suke2 je. dah 3 bulan lebih rasa. belum ade earning. mohon tunjuk ajar.saya newbie lagi

  19. BUATBEST ? says:

    baru je try nie..tapi bab yg kna print tu xpaham2 lagi..wakaka..kena isi borang hantar guna pos ye bro? xde alternatif lain brO?
    BUATBEST ? nak shared pasal..Kecewa Isteri Menipu: Lelaki Tinggal Atas Pokok Selama 9 BulanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: