Sukan Sea Indonesia : Skuad Harimau Muda Dibawa Pulang Menaiki Kenderaan Perisai ‘Baracuda’

| 18/11/2011 | 0 Comments

Malaysia melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak selaku juara Kumpulan A.Untuk babak seterusnya, Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda akan berdepan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada 19 November ini.

Bertambah manis, kemenangan itu juga kali pertama dalam tempoh lapan tahun buat skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno di samping mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

baracuda Sukan Sea Indonesia : Skuad Harimau Muda Dibawa Pulang Menaiki Kenderaan Perisai Baracuda

Gambar Baracuda (Kenderaan anti hura-hara) yang membawa pulang Skuad Harimau Muda 

Kesan daripada kemenangan ini,skuad Harimau diberi kawalan keselamatan semasa keluar daripada stadium,ekoran ada segelintir penyokong Indonesia melaungkan,“laungan Maling! Maling! (pencuri)” mengiringi persembahan Malaysia pada awal perlawanan dan ada juga yang menunggu di luar stadium dengan teriakan berbaur ancaman ”tak bisa pulang”, “maling”, “tangkap malingnya”

Dalam pada itu,hampir di semua venue, baik di Palembang atau Jakarta, penonton melaungkan perkataan ‘maling’ yang membawa maksud pencuri, malah insiden keji berlaku di kolam renang apabila jalur pada Jalur Gemilang dikurangkan pada upacara menaikkan bendera acara terjun kelmarin. Lagu Negaraku pula diejek oleh hampir 90,000 penonton di Gelora Bung Karno sebelum aksi bola sepak semalam.

Tidak mahu kejadian tidak di’ingini berlaku,Skuad Harimau muda diberi kawalan keselamatan dengan menaiki “Baracuda” (Kereta Perisai)iaitu sejenis kenderaan anti huru-hara untuk pulang ke penempatan atlit

iklan1 Sukan Sea Indonesia : Skuad Harimau Muda Dibawa Pulang Menaiki Kenderaan Perisai Baracuda

Carian Anda :

  • gambar kumpulan harimau malaya (4)
  • anak bersama majalah (1)
  • zarina (1)

Tags: , , , , , , ,

Category: Berita, Bola Sepak, Gambar

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: