Skuad Harimau Muda A Dipilih Menentang Chelsea Pada 21 Julai 2011

Kejayaan skuad bolasepak kebangsaan ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 memaksa perubahan terpaksa dilakukan untuk aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana England, Chelsea pada 21 Julai depan, Pada asalnya, skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal dijadual untuk berdepan tiga kelab gergasi England iaitu Arsenal (13 Julai), Liverpool (16 Julai) dan Chelsea pada 21 Julai.
Namun skuad Rajagobal itu hanya akan turun menentang Arsenal dan Liverpool kerana jadual perlawanan menentang Chelsea kebetulan hanya dua hari sebelum aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada 23 Julai. Sebagai alternatif, tugas untuk berdepan skuad Chelsea bimbingan pengurus baru, Andre Villas Boas bakal digalas oleh skuad Olimpik negara iaitu Harimau Muda A bimbingan Ong Kim Swee.
Sementara, skuad Harimau Muda A pula akan menangguhkan pemergian ke Slovakia pada 22 Julai ini selepas diputuskan akan memikul cabaran negara menentang Chelsea.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad, selepas kejayaan pasukan senior negara mara ke pusingan kedua kelayakkan Piala Dunia menentang Singapura pada 23 Julai, mereka perlu berada di kota singa itu lebih awal dan ini memberi peluang kepada skuad Harimau Muda A memikul tugas.
Jurulatih skuad Harimau Muda A / Olimpik negara, Ong Kim Swee diberi peluang untuk memilih pemain-pemain yang tidak dibawa oleh K. Rajagobal untuk menentang Chelsea pada 21 Julai nanti. Skuad Harimau Muda A menunda pemergian ke Slovakia kepada tarikh yang baru iaitu 25 Julai nanti.
Credit to : Malayatigerfootball
Category: Bola Sepak
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











buat y terbaik malaysia.. syng nya MU x datang la plak.. huhu
[co="yellow"]@ibnushukran .. MU tahun lepas dah datang dah.. so bg chance dekat team lain plak.. hehehe harap2 Malaysia dapat tunjukkan pada kelab-kelab ini semangat Harimau Malaya yang sebenar..[/co][im]http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRAfpeVPR7qoV23L6fDysrk2SUez_Um4V-VvojA-at3_RVk-YNXkA[/im]