Sinopsis Drama Tihany Slot Ratu Di TV9
Setelah tamatnya drama bersiri Keimanan Cinta, menyusul pula drama bersiri terbaru yang sudahpun bersiaran bermula 10 Oktober lalu, pada setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30mlm yang bertajuk Tihany. Saksikan Nabila Huda, Emelda Rosmila, Riz Amin, Ungku Ismail dan Mustapha Kamal dan ramai lagi di dalam drama Tihany.
Sinopsis Drama Tihany TV9
Tihany tinggal bersama ayah dan ibu tirinya Soraya. Walaupun Soraya adalah ibu tirinya, Tihany dan Soraya amat rapat dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Kehidupan Tihany yang sememangnya dikelilingi dengan kemewahan tidak membuatkannya berasa megah, sebaliknya dia tetap menjalani kehidupan harian yang sederhana dan lebih senang mengendalikan kedai bunganya yang kecil berbanding bekerja disyarikat ayahnya.
Perwatakan Tihany yang lembut dan sopan telah membuatkan Azman terpikat dengannya dan akhirnya mereka bertunang. Azman merupakan setiausaha syarikat di pejabat Tan Sri Abu Bakar. Azman sentiasa merasa rendah diri kerana kedudukan keluarganya yang berbeza dengan keluarga Tihany, apatah lagi bertunang dengan anak tokoh usahawan yang kaya.
Namun, suatu hari, kebahagiaan Tihany dan keluarga diragut apabila ayah Tihany diserang sakit jantung di hari pernikahan Tihany dan Azaman kerana Azman tidak muncul tiba. Ini membuatkan tetamu menjadi kelam-kabut terutamnya keluarga Tihany. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya, dia perlu juga berkahwin. Tetapi dengan siapa? Dalam keadaan cemas itu, Soraya tiba-tiba mencadangkan Tihany berkahwin dengan Imran, kenalan Soraya, demi menutup malu dan meneruskan majlis pernikahan tersebut.
Keputusan Soraya itu menimbulkan tanda-tanya di kalangan tetamu terutamanya Tihany. Namun demi menyelamatkan nyawa ayahnya yang diserang sakit jantung, Tihany mengikut sahaja kehendak ibu tirnya itu. Adakah ibu tirinya mempunyai agenda di sebalik perancangan tersebut?
Carian Anda :
- watch online tihany (4)
- sinopsis drama tihany (4)
- sinopsis rawan tv9 (2)
- sinopsis cerita tihany (2)
- Sinopsis cerita RAWAN tv9 (1)
- Senarai Pelakon tihany drama (1)
- pelakon drama tihany (1)
- keimanan cinta tv9 watch online (1)
- drama keimanan cinta online (1)
- cerita tihany tv9 (1)
Category: Drama Melayu, Info
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











