Pelakon Dari Singapura, Elfaeza Bimbang Isu Kerakyatannya Dipersoalkan

| 08/10/2012 | 0 Comments

Elfaeza 2 Pelakon Dari Singapura, Elfaeza Bimbang Isu Kerakyatannya Dipersoalkan

PETALING JAYA: Pelakon yang berasal dari Singapura, Elfaeza Ul Haq berasa risau jika isu kerakyatannya dipersoalkan oleh pihak tertentu seperti mana berlakunya kepada pelakon Aaron Aziz dan Adi Putra sebelum ini.

Elfaeza berkata, kehadirannya ke Malaysia untuk bergelar pelakon adalah dengan niat untuk menimba pengalaman selain percaya peluang yang lebih luas diberikan di negara ini.

“Industri perfileman di Malaysia lebih besar berbanding Singapura yang terhad dan peluang di sini lebih terbuka. Tambahan pula setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menghasilkan sesebuah drama atau pun filem.

“Lebih penting saya ingin menimba pengalaman dan belajar daripada produksi tempatan bagaimana cara mereka bekerja,” ujarnya.

Tambah Elfaeza, dia juga sebelum ini memang berhasrat untuk keluar dari Singapura kerana mahu menimba ilmu dan memilih Malaysia sebagai jiran paling dekat.

“Saya berasa lebih selamat di Malaysia tambahan pula kita hidup berjiran, bukan?,” katanya.

Ditanya mengenai persaingan dengan artis tempatan sedia ada, Elfaeza mengakui sukar untuk menandingi kehebatan pelakon ketika ini namun percaya dengan rezeki yang diberikan Tuhan kepadanya.

Menurut Elfaeza paling penting dia perlu berdisiplin, bersungguh-sungguh dan melakukan setiap perkara yang diamanahkandengan penuh ikhlas.

“Saya percaya rezeki itu berada di mana-mana dan ia datang daripada Allah tetapi sebagai seorang manusia kita perlu berusaha, berdisiplin dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Jika rezeki itu ditakdirkan buat saya ia pasti menjadi milik saya,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai peranannya dalam siri popular Adam dan Hawa, Elfaeza memberitahu dia bersyukur kerana drama bersiri popular itu telah menjadi batu loncatan buatnya untuk menonjol sebagai pelakon di Malaysia.

Malah kata Elfaeza, dia berasa bertuah dapat berlakon disamping Aaron Aziz dan Nadiya Nissa yang disifatkan sebagai pelakon yang berbakat dan tidak lokek dengan ilmu.

“Barangkali saya masih belum benar-benar dikenali kerana hanya memegang watak pembantu bagaimanapun ia adalah platform terbaik buat saya untuk menimba ilmu daripada pelakon-pelakon berbakat yang tidaklokek dengan ilmu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Elfaeza kini sedang sibuk dengan penggambaran drama 13 episod berjudul Cinta Qaseh di bawah arahan Feroz Kader untuk Slot Lestary di TV3.

Dia juga bakal muncul dengan telefilem Jambatan Ke Syurga di Astro Oasis.

Tags: , , , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: