Senarai Nama Pemenang Bidaan Nombor Pendaftaran “WWW”

| 29/05/2012 | 0 Comments

www Senarai Nama Pemenang Bidaan Nombor Pendaftaran WWW

PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan “WWW 1″, dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.

Pada Khamis lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100. Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai – WWW 1.

Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya. Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.

Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin. Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru. Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.

Keputusan senarai tender nombor pendaftaran boleh lihat di bawah :
Screenshot Studio capture 51 Senarai Nama Pemenang Bidaan Nombor Pendaftaran WWW

Untuk senarai nombor pendaftaran 784 – 9999, anda boleh download file PDF ini dan boleh semak di pc anda. KLIK HERE!

iklan1 Senarai Nama Pemenang Bidaan Nombor Pendaftaran WWW

Carian Anda :

  • nombor pendaftaran kenderaan terkini (78)
  • no plat terkini (72)
  • no pendaftaran terkini (60)
  • nombor pendaftaran terkini (40)
  • no pendaftaran kenderaan terkini (38)
  • senarai nama plat kereta www (21)
  • nombor kenderaan terkini (15)
  • senarai pemilik no pendaftaran www (14)
  • senarai nama plat www (14)
  • plat terkini (11)

Tags: , , , , ,

Category: Berita, Info

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge