Sebulan Menggunakan Iklan Adverlets.. Apa Yang Aku Dapat?
Alhamdulillah.. masuk hari ini genaplah sebulan (kot) aku pasang iklan adverlets..Apa yang aku boleh cakap dengan pengiklanan Adverlets ini, boleh la.. sebab aku ada dengar ura-ura ramai blogger-blogger otai lain cakap yang Adverlets ni susah sangat nak bayar payment dekat publisher mereka.. betul ke? Entah la sebab aku tak pernah kena lagi.. mungkin untuk cash out pertama ini payment aku takkan dapat? or mungkin aku akan dapat? Mudah-mudahan untuk payment pertama ni, pihak adverlets akan bayar dekat aku..
Apa yang aku suka dekat iklan adverlets ni, iklan dorang sentiasa ada.. so, tak rasa bosan la kan.. ada jer untuk kita cuci mata.. (lagi-lagi bila traffic tengah boommm time tuh, lagi lah senyum jer)..
Keburukkannya? buat masa ini tak pulak aku nampak tapi mungkin iklan dorang berat macam iklan Nuffnang yang membuatkan blog aku lambat loading? ataupun mungkin blog aku memang berat kot.. hahaha
oklah, cakap banyak pun tak guna.. bukan otai lagi pun dalam berblogging ni.. baru nak berjinak-jinak jer.. masih belajar lagi dan sentiasa melawati blog-blog otai lain (walaupun aku jarang komen).. segan kot dengan dorang.. banyak benda yang aku belajar dari blogger-blogger otai lain walaupun tak pernah bertegur sapa.. hehehe
Berapa income yang aku dapat selama sebulan pakai Adverlets ni? tak ada la banyak mana pun kalau nak dibandingkan dengan yang lain.. tapi apa yang aku boleh cakap, lagi cepat earning dekat Adverlets daripada Nuffnang yang semacam pilih bulu je.. bayangkan aku dah letak iklan nuffnang dekat 6 bulan dan mengikut setiap syarat dorang, berapa je lah yang aku dapat.. 6 BULAN – RM7!! Kelakar ke tak kelakar? walaupun traffic time tuh 10000 sehari.. adehh
Mungkin ada betul apa yang blogger-blogger otai lain cakap yang Nuffnang ni pilih bulu kot.. Entahlah.. tapi yang pasti earning dekat Adverlets jauh lebih tinggi dan cepat berbanding Nuffnang (tak de la banyak mana pun, sikit je) ! Berapa? Screenshoot dekat bawah :
haaa, nampak tak? berapa? ok ok.. dekat bawah..
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)













