Safee Sali Meledak Beberapa Lagi Goal Di Cardiff City
Berita terbaru yang aku terima, Safee Sali meledak beberapa lagi goal dalam latihan bersama kelab Cardiff City. Sangat membanggakan bagi aku! Biarpun sebagai menjalani latihan sahaja di sana, peningkatan yang ditunjukkan oleh Safee Sali di sana sangat menggembirakan hati bagi sesiapa sahaja yang mengetahuinya. Jika sebelum ini Safee Sali diberi gelaran David Beckham Malaysia oleh pengurus Queen Park Rangers, Neil Warnock. Kali ini beberapa peminat dan pemain kelab di sana mengatakan perkara yang sama iaitu peningkatan corak permainan Safee Sali dengan jumlah beberapa goal dalam sesi latihan di sana. 
Akhbar utama sukan cardiff city di wales iaitu walesonline, sudah dua kali menyiarkan artikel mengenai Safee Sali ‘ Malaysian David Beckham ‘. Temubual yang dijalankan oleh wartawan disana kepada Malky Malkay juga menyatakan beliau teruja melihat aksi Safee yang baru beberapa hari menyertai kem latihan di Cardiff City. Namun, kontroversi terus melanda di Cardiff Cityterutama dikalangan peminat Cardiff disana yang segelintir tidak menyukai idea untuk menyain Safee Sali sebagai pemain utama disana. Namun sudah ada pun peminat yang telah tertarik dengan aksi Safee Sali bersama pasukan mereka Cardiff City, seperti yang diberitakan akhbar diatas.
Jika diteliti tembual tersebut juga, wartawan yang menemubual itu juga seolah-olah memperlekehkan pemain negara itu, yang mendakwa pengambilan Safee Sali itu adalah untuk tujuan promosi pasukan itu di Asian dan atas desakan pemilik Cardiff yang juga merupakan jutawan dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee. Mereka juga mempersoalkan ranking negara yang rendah dan soal permit kerja jika sekiranya Safee Sali beraksi di sana.
Walaubagaimanapun, teruskan sokongan anda kepada Safee Sali, dan anda boleh mengikuti perkembangan Safee di fan page facebook safee salii yang diuruskan pengurusnya Zack Rahim DISINI.
Carian Anda :
- safee sali (165)
- nilai perpindahan safee sali (1)
Category: Bola Sepak
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)












Do the best Safee sali!!
yeah!

Mr Leypark nak shared pasal..[Gambar] Sidang Media Suara Kami Bersama Kumpulan K-Pop Rania