Safee Sali Dan Shafiq Rahim Dipuji Penolong Jurulatih Liverpool, Steve Clarke

| 17/07/2011 | 0 Comments
safi Safee Sali Dan Shafiq Rahim Dipuji Penolong Jurulatih Liverpool, Steve Clarke
Meskipun gagal membantu skuad negara mencipta kejutan ke atas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Safee Sali tetap berjaya membuktikan statusnya selaku penyerang nombor satu negara, menerusi dua jaringan lewat permainan menewaskan Martin Hansen, pada perlawanan yang berkesudahan dengan Liverpool menang 6-3.

Dua gol pada minit ke 79 dan 82 itu juga, sekaligus mengakhiri kemarau gol 7 bulan Safee di pentas antarabangsa, selepas kali terakhir menjaringkan gol ketika Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia pada Perlawanan Kedua Final Piala AFF Suzuki 2010.

Penyerang Pelita Jaya yang tersisih sejak aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan 29 Jun lalu ini, tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan Datuk K.Rajagobal, yang memasukkannya untuk menggantikan Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-69, apabila menolak masuk bola muntah dari tangkapan Hansen hasil percubaan awal Amirulhadi Zainal (m-79), manakala gol kedua hadir 3 minit kemudian, rembatan leret cantik ke penjuru bawah gawang Liverpool.

Malah, penolong jurulatih Liverpool, Steve Clarke turut memuji aksi Safee yang disifatkannya mengubah tempo permainan Malaysia.

“pada saya pemain Malaysia semuanya bagus, semangat tinggi. menyukarkan kami, tapi kalau tanya secara spesifik, no 8 (safiq) yang menjaringkan gol freekick menakjubkan (fantastic), dan n0 10 (Safee). Kemasukan dia (safee) mendapat sambutan hebat, semua bersorak, tepuk tangan menunjukkan dia adalah pemain yang hebat. dia menambah kerancakkan, pertahanan kami berdepan penyerang terbaik anda, cukup tajam dan dua gol membuktikan dia memang hebat..”. – Steve Clarke.

Kehadiran Safee, tatkala Malaysia ketandusan penyerang yang boleh menjaringkan gol pastinya melegakan Rajagobal menjelang pertemuan getir menentang Singapura, lebih-lebih lagi 4 gol ketika menewaskan Taiwan hadir menerusi Safiq Rahim (tengah, 2) dan Aidil Zafuan (pertahanan, 2).

Selain Safee, pilihan penyerang yang ada untuk skuad negara – Norshahrul Idlan Talaha, Abdul Hadi Yahya, Fakri Saarani dan Shahrizal Saad. Manakala Izzaq Faris Ramlan pilihan lain yang ada dari skuad Olimpik, namun kesemua mereka seolah ‘malu’ untuk menjaringkan gol
iklan1 Safee Sali Dan Shafiq Rahim Dipuji Penolong Jurulatih Liverpool, Steve Clarke

Category: Uncategorized

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: