RM15,000 “Durian Runtuh” Untuk Setiap Keluarga Peneroka FELDA

| 08/05/2012 | 3 Comments

felda02231 RM15,000 Durian Runtuh Untuk Setiap Keluarga Peneroka FELDA

JERANTUT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, 8/5/2012 mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda.

Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu :

  1. Fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga
  2. Fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka
  3. Fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.

Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Tahniah kepada Peneroka FELDA! Terima kasih juga kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak atas berita gembira ini kepada warga Felda!

iklan1 RM15,000 Durian Runtuh Untuk Setiap Keluarga Peneroka FELDA

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Berita, Info, Isu Semasa

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. kodinz says:

    Harap-harap dapat la bantu warga felda.
    kodinz nak shared pasal..Domain Murah Dari Go DaddyMy Profile

  2. Pok din says:

    blue form tak buat anda kaya,
    sedarlah rakan-rakan,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: