Piala Thomas : Lee Chong Wei Sedih Tidak Dapat Bantu Rakan Sepasukan Akibat Kecederaan

| 23/05/2012 | 1 Comment

chong wei Piala Thomas : Lee Chong Wei Sedih Tidak Dapat Bantu Rakan Sepasukan Akibat KecederaanChong Wei sedih kerana tidak dapat membantu rakan sepasukan meneruskan aksi Piala Thomas.

WUHAN: Perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei sedih dan kecewa kerana tidak dapat membantu rakan-rakan sepasukan dalam kejohanan badminton Piala Thomas yang kini diadakan di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini hingga Ahad.

Apatah lagi, katanya pasukan negara akan bertembung dengan pilihan pertama kejohanan China pada peringkat suku akhir malam ini.

“Kaki saya sangat sakit. Saya ingat saya boleh terus bermain tapi doktor kata kecederaan serius. Saya sedih tak dapat bantu pasukan,” katanya sambil menitiskan air mata.

Beliau ditemui awal pagi Rabu di hotel kediaman skuad negara di sini sebelum bertolak ke lapangan terbang Wuhan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Perseorangan nombor satu dunia itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan itu semalam.

Difahamkan tendon buku lali kanannya terkoyak sehingga menyebabkan beliau buat masa ini tidak dapat berdiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Beliau akan mendapatkan rawatan lanjut daripada Institut Sukan Negara (ISN) sebaik saja tiba di ibu negara kelak.

Ditanya mengenai keadaan kecederaannya beliau berkata:

“Saya tidak pasti. Kena rujuk dengan Dr Ramlan (Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara) dulu.”

Chong Wei bagaimanapun masih bersikap positif tentang peluangnya untuk beraksi di Olimpik Julai ini.

“Saya kena lebih kuat. Secara mental saya perlu lebih kuat untuk Olimpik,” katanya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh yang turut hadir untuk menghantar Chong Wei pulang, memberitahu atlet itu supaya menumpukan fokus pada Olimpik dan tidak memikirkan lagi tentang kejohanan Piala Thomas yang sedang berlangsung.

Chong Wei yang pada awalnya kelihatan tenang, menjadi sebak dan mula menangis apabila mendengar kata-kata Mohd Nadzmi. BERNAMA

Jom kita lihat balik video bagaimana Datuk Lee Chong Wei tarik diri akibat kecederaan. Kami harap Datuk Lee Chong Wei akan segera pulih untuk kembalik ke sukan Olimpik London. Sama-sama kita doakan Datuk Lee Chong Wei agar segera sembuh.

[youtube width="580" height="360"]http://www.youtube.com/watch?v=LPRRQ60FM8E[/youtube]

iklan1 Piala Thomas : Lee Chong Wei Sedih Tidak Dapat Bantu Rakan Sepasukan Akibat Kecederaan

Carian Anda :

  • dato lee chong wei (58)
  • datuk lee chong wei (54)
  • lee chong wei (24)
  • sedih (22)
  • lee chong wei 2012 (10)
  • ayat ayat sedih buat kekasih (1)
  • koleksi ayat-ayat cinta sedih (1)
  • terseliuh kaki lee chong wei (1)

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Berita, Sukan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. kodinz says:

    harap boleh baik menjelang olimpik nanti
    kodinz nak shared pasal..Google Ajak Menari Pulak…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: