Perodua Lancarkan Myvi Baru SE 1.5 & Myvi Extreme 1.5 – Harga Dari RM50,900 Ke Atas
Setelah lama menanti, hari ini bertarikh 15 september 2011, Perodua akhirnya melancarkan Model terbaru Myvi SE 1.5 dan juga Myvi Extreme 1.5. Dua varian yang dilancarkan, Myvi Extreme dan Myvi SE dengan tagline “Lagi Power, Lagi Best“, masing-masing memiliki enjin baru berkapasiti 1.5 liter yang sebelum itu eksklusif hanya untuk model MPV Alza.
Harga yang ditawarkan bermula serendah RM50,900.00 sehingga RM61,700.00, bergantung kepada spesifikasi yang ditawarkan. Perodua Myvi Extreme dan SE baharu kini tampil lebih bergaya, kit badan baru lebih sporty dan ranggi, selesa dan berkuasa, dijangkakan akan menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.
Bagi varian SE, terdapat tiga versi ditawarkan iaitu manual, automatik dan multimedia. Versi SE Multimedia didatangkan eksklusif bersama kotak gear automatik sahaja. Perbezaan Myvi SE Multimedia berbanding versi SE manual dan auto ialah bahagian interior dilengkapi sistem multimedia navigasi skrin sesentuh sama seperti yang ditawarkan pada varian Extreme.
Perodua Myvi 1.5 liter baharu didatangkan bersama transmisi manual dan automatik untuk pilihan pelanggan, selain beberapa warna pilihan menarik. Myvi Extreme mempunyai tiga warna menarik iaitu Kuning (Solid Majestic Yellow) yang merupakan warna terbaru, diikuti warna Putih (Solid Ivory White) dan Hitam (Metallic Ebony Black).
Varian SE pula tampil dengan pilihan lima warna menarik berbanding Extreme, dengan tambahan dua warna ungu iaitu Metallic Mystical Purple dan Metallic Purple.
Enjin 1.5 liter DOHC dan 16V DVVT pada kedua-dua varian Extreme dan SE menghasilkan kuasa maksimum 102bhp@6,000rpm dan tork maksimum sebanyak 136Nm@4,000rpm. Menurut Perodua, pecutan dari 0-100 km/j boleh dilakukan dalam tempoh di bawah 10 saat, berbanding varian 1.3 pada catatan 12.5 saat.
Enjin 1.5 liter yang digunakan turut dikatakan lebih responsif dan menghasilkan pecutan lebih lancar, selain kuasa kuda dan tork yang mewah memberikan perasaan pemanduan sebenar yang cukup menyeronokkan. Ciri keselamatan seperti ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electronic Brake Distribution), BA (Brake Assist) dan dwi beg udara SRS menjadi ciri standard untuk kedua-dua varian.
Dengan pelancaran versi lebih berkuasa dan sporty dalam kalangan model Myvi 2011 baharu, Perodua meletakkan unjuran jumlah jualan akan bertambah pada setiap bulan, seterusnya mengekalkan Myvi sebagai kereta terlaris di pasaran tempatan.
Senarai harga Perodua Myvi Extreme dan SE (harga atas jalan termasuk insuran) :
- Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Solid) – RM50,900.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Metalik) – RM51,400.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Solid) – RM53,900.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Metalik) – RM54,400.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Solid) – RM56,000.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Metalik) – RM56,500.00
- Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Solid) – RM58,200.00
- Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Metalik) – RM58,700.00
- Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Solid) – RM61,200.00
- Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Metalik) – RM61,700.00
Carian Anda :
- myvi extreme (295)
- myvi extreme 1 5 (286)
- myvi 1 5 (213)
- myvi se 1 5 (175)
- myvi 1 5 extreme (143)
- perodua myvi extreme (119)
- myvi (104)
- myvi se baru (78)
- myvi extreme interior (73)
- perodua myvi 1 5 (68)
Category: Automobil
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)
















































kalo byk duit lebih leh dpt ni satu
puanbee nak shared pasal..ISA di mansuhkan (video)
angkat la extreme satu puanbee.. hehe

Mr Leypark nak shared pasal..Penyerang Malaysia Safee Sali Digelar ‘David Beckham Malaysia’ – Wales Online