Perlawanan Persahabatan : Malaysia Catat Kemenangan Selesa 2-0 Ke Atas Singapura

| 13/06/2012 | 0 Comments

Keputusan Malaysia vs Singapore Perlawanan Persahabatan : Malaysia Catat Kemenangan Selesa 2 0 Ke Atas Singapura

SHAH ALAM, 12 Jun (Bernama) — Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Singapura pada perlawanan persahabatan timbal balik di Stadium Shah Alam Selasa malam.

Kedua-dua pasukan sebelum ini seri 2-2 pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura 8 Jun lepas.

Skuad Harimau Malaya yang dibimbing Datuk K. Rajagobal membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi tandukan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Mohd Ali hasil hantaran silang Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri padang.

Kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim cuba menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-34 namun ditepis keluar penjaga gol lawan, Mohamed Hyrulnizam Juma’at.

Usaha bertali skuad pelawat yang dibimbing jurulatih dari Serbia Radojko Avramovic mencari gol penyamaan tidak kesampaian apabila benteng pertahanan negara dikawal ketat oleh Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Skuad Harimau Malaya berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-61 menerusi Mohd Safiq yang melakukan sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Perlawanan malam ini turut menyaksikan pemain tengah Singapura Mustafic Fahrudin dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain tengah Harimau Malaya, Mohd Bunyamin Umar pada minit ke-68.

Sementara itu, Ketua Jurulatih negara, K.Rajagobal berkata beliau berpuas hati dengan kejayaan malam ini dan ia menunjukan semua pemain bermain dengan bersungguh-sungguh.

“Saya puji mutu persembahan semua pemain yang dapat kekal dalam tempo tinggi sehingga ke akhir perlawanan dan ia adalah satu peningkatan bagi skuad Harimau Malaya,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

– BERNAMA

iklan1 Perlawanan Persahabatan : Malaysia Catat Kemenangan Selesa 2 0 Ke Atas Singapura

Tags: , , , , , ,

Category: Berita, Sukan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge