Penyerang Malaysia Safee Sali Digelar ‘David Beckham Malaysia’ – Wales Online

| 16/09/2011 | 2 Comments

safee sali 1 Penyerang Malaysia Safee Sali Digelar David Beckham Malaysia   Wales Online

Bangga! Bangga dan bangga aku! Mana tidaknya, penyerang berbisa kita, Safee Sali digelar David Beckham Malaysia. Fuhh!  20x20 boss Penyerang Malaysia Safee Sali Digelar David Beckham Malaysia   Wales Online Bukan senang pemain tempatan apatah lagi pemain Malaysia mendapat gelaran seperti itu. Terpampang di dada akhbar luar negara, Wales Online.co.uk melaporkan gelaran ‘The David Beckham Of Malaysia’ itu diberi sendiri oleh boss Queen Park Rangers, Neil Warnock.

safeesalidigelardavidbeckhammalaysia Penyerang Malaysia Safee Sali Digelar David Beckham Malaysia   Wales Online

Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.

Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.

“Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds20x20 big smile Penyerang Malaysia Safee Sali Digelar David Beckham Malaysia   Wales Online

“Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.

“Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan),” katanya.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

“Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.

“Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain,” katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City. Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai ‘David Beckham Malaysia’, Zakaria berkata: “Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.

“Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City,” katanya

Alhamdulillah. Semoga Safee Sali dapat menunjukkan kemampuannya yang sebenar dalam bolasepak di sana. Sebelum tu, mari kita layan video ‘David Beckham Malaysia’ ini dulu.

iklan1 Penyerang Malaysia Safee Sali Digelar David Beckham Malaysia   Wales Online

Carian Anda :

  • kebaikan safee sali (1)
  • kehebatan david beckham (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Berita

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: