Penyanyi Veteren, Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia

| 11/10/2011 | 0 Comments

Ahmad Jais Ella 300x199 Penyanyi Veteren, Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia

Penyanyi veteran terkenal dengan lagu “Selamat Hari Raya”, Dato’ Mohd Jais Ahmad (kanan) atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, meninggal dunia pada 9.20 pagi ini di Pusat Perubatan Darul Ehsan dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Menurut laporan Bernama, Ahmad Jais, 75, telah dimasukkan ke hospital dua minggu lalu selepas mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas.

Menantu lelakinya, Amirul Izwan Razak, 28, memberitahu jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang mula aktif semenjak tahun 60-an ini mengadu keletihan selepas kembali daripada satu persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu. Keadaan Allahyarham semakin teruk pada 20 September dan telah diberi bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ di Selangor.

Persembahan terakhir Allahyarham adalah ketika Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang, pada 11 September yang telah dihadiri oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

AL-FATIHAH!

iklan1 Penyanyi Veteren, Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia

Carian Anda :

  • tarikh ahmad jais meninggal (4)
  • tarikh meninggal dato ahmad daud (1)

Tags: , , ,

Category: Berita, Isu Semasa

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: