Pengakuan Berani Dahlia Teck Tentang Hubungannya Dengan Khairul Fahmi

| 16/09/2011 | 2 Comments

Dahlia Teck Pengakuan Berani Dahlia Teck Tentang Hubungannya Dengan Khairul Fahmi

Nampaknya isu ini tidak habis lagi. Kisah kontroversi putus tunang Khairul Fahmi Che Mat dengan Aimie Harmelia masih lagi hangat diperkatakan. Meskipun blog ini dah kurang memaparkan kisah mereka, tapi bila dapat gossip terbaru dari sumber yang boleh dipercayai, rasanya boleh la digossipkan kembali! ngee  20x20 big smile Pengakuan Berani Dahlia Teck Tentang Hubungannya Dengan Khairul Fahmi

Menurut sumber dari satu blog yang memberi gelarannya sebagai ‘Ahkak Puaka’, beliau mendedahkan tentang gossip kontroversi antara Khairul Fahmi, Dalia Teck, Shida dan beberapa individu yang lain. Dikatakan juga, Dalia Teck memakai susuk untuk memikat Khairul Fahmi. Betulkah gossip tersebut? Dalam isu ini, Dalia Teck mengambil sikap berdiam diri dan menganggap isu seperti ini sengaja diwar-warkan.

Dalia Teck mengakui yang banyak nombor telefon tidak dikenali yang menelefonnya sejak timbulnya isu ini, Dalia memberitahu dia tidak menjawab langsung , kerana menurutnya “bukan apa, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, dan saya bukan siapa-siapa pun untuk mengeluarkan kenyataan.”

Digelar dengan pelbagai gelaran kurang sopan dan dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat Fahmi, Dalia langsung tidak membalas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepadanya.

“Saya lihat ramai individu yang tidak saya kenali membersihkan nama Khairul Fahmi, dan dia sangat berterima kasih untuk itu. Macam sekarang ramai orang tidak suka saya, saya terima asalkan mereka tidak membenci Fahmi. Fahmi memerlukan orang ramai menyokongnya supaya dia terus memberikan persembahan terbaik di padang, bukan mencaci dia kerana hal-hal peribadi. Saya berasa kasihan padanya.”

Jadi siapa Dalia dalam hidup Khairul Fahmi?

“Saya dan Khairul Fahmi sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” jawabnya, “malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu. ”

Khairul Fahmi juga pernah mengeluarkan kenyataan yang Dalia ialah tempat dia mengadu masalah sebelum ini.

“Saya tak nak masuk campur dalam hal Elia dan Fahmi. Yang pasti Fahmi sendiri menyatakan yang dia ada banyak sebab yang membuatkan dia nekad untuk memutuskan pertunangan. Fahmi bukan jenis yang bercerita hal peribadi dia , saya dah lama berkawan dengan dia pun dia susah hendak bercerita tetapi bila keadaan menjadi semakin teruk, dan blog Ahkak Puaka diwujudkan, menyebabkan Fahmi mengadu semua kepada saya. Dan itu satu faktor yang membuat kami lebih rapat. Kami sendiri pun terkejut macam mana Ahkak Puaka dapat tahu tentang semua itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga terdekat atau kawan Fahmi atau Elia,” tambah Dalia lagi panjang lebar.

Jadi apa yang sebenarnya berlaku selepas keputusan untuk memutuskan pertunangan telah menjadkan hubungan Dahlia dan Khairul Fahmi bertukar status kepada istimewa.

Bagi i, kehidupan ini bagaikan roda. sekejap di atas, sekejap di bawah. Jodoh juga ditangan tuhan. So, berdoalah agar semuanya akan selesai. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kepada apek juga, diharap dapat menangani isu ini dengan bijak, dan jangan mencampuradukkan hal peribadi dengan tugas sebagai penjaga goal Malaysia sehingga prestasi merudum. Semoga komited dalam menjalankan tugas sebagai wira negara.

 

iklan1 Pengakuan Berani Dahlia Teck Tentang Hubungannya Dengan Khairul Fahmi

Carian Anda :

  • khairul fahmi che mat (206)
  • akugilerglamer blogspot (14)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Gossip Panas

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. nor says:

    eeeii menyampah aku ngn kau teck..mngenal hati budi memasing tu mknenye memng ade hubungan la kn?haktuuii la pompuan n laki camtu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: