Pendapatan Angelina Jolie Dan Sarah Jessica Parker Paling tinggi Di Hollywood

| 07/07/2011 | 0 Comments
NEW YORK: Angelina Jolie dan Sarah Jessica Parker, masing-masing dengan pendapatan AS$30 juta (RM90 juta) setahun, ialah aktres berpendapatan paling tinggi di Hollywood.
Angelina menduduki tangga teratas senarai Forbes.com hasil daripada kejayaan filem aksinya ‘Salt’ yang mencatat jualan tiket sebanyak RM900 juta dan ‘The Tourist’ yang turut dilakonkan oleh Johnny Depp dengan hasil jualan tiket di seluruh dunia mencecah RM840 juta.
Sebahagian besar pendapatan Sarah pula ialah menerusi tayangan semula rancangan televisyen yang dibintangi dan diarah olehnya, ‘Sex and the City’ selain filem kedua daripada siri itu yang mencatat jualan tiket sebanyak RM870 juta.
“Kehadiran Sarah di tangga teratas mungkin mengejutkan ramai pihak tetapi mereka tidak menyedari, selain berlakon, dia juga meraih pendapatan menerusi minyak wanginya dan kontrak perniagaan lain,” kata jurucakap Forbes.com, Dorothy Pomerantz. Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon berada tidak jauh dengan kedua-dua aktres memperoleh pendapatan sebanyak RM84 juta setahun. – Sumber -

Category: Luar Negara

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: