Penangan Drama Adam & Hawa
Sekarang ini memang duk panas dengan Drama bersiri Adam & Hawa ni. Sana-sini duk bercerita. Sampaikan jumpe member-member untuk leypark-leypark pun dorang masih lagi bercerita. Penangan betul ya Drama ni? Apa yang menjadi sebab utama drama ini mendapat sambungan hangat? Pastinya dengan kehadiran Pelakon Paling Popular, Aaron Aziz. Sebab utama yang lain juga ramai yang memberitahu kepada kami bahawa jalan cerita drama adaptasi ini tidak lari dari cerita di novel sebenar.
Tidak seperti drama adaptasi Bicara Hati, rata-rata ramai yang merungut serta sedih dengan adaptasi yang diarahkan pengarah Ombak Rindu itu. Plot cerita dan semuanya lari terus dari karya asal Bicara Hati. So, dengan kehadiran Drama Adam & Hawa ini, ramai yang gembira dengan cara cerita ini diolah. Setakat sehingga episod 8 drama ini, maklum balas yang diberikan sangat positif. Malah mereka tidak sabar menantikan episod seterusnya. Drama yang mempunyai 80 episod ini juga telah mendapat rating dan carian tertinggi buat masa kini. Walau apapun, kami harap cerita ini akan menjadi semakin menarik untuk episod akan datang.
Dibawah pula sinopsis mengenai Drama Adam & Hawa ini :
Sinopsis Adam Dan Hawa
Cerita ini bermula apabila seorang remaja kampung bernama Ain Hawani lepasan spm telah berkerja di tadika di kampung nya yang dimiliki oleh kakak Adam Muhkriz.
Ketika bekerja disana lah Ain Hawani telah berjumpa dengan Adam Muhkriz, kali pertama Ain Hawani melihat Adam Muhkriz,Ain Hawani telah jatuh cinta padanya pada pandangan pertama. Adam Muhkriz ialah adik kepada tuan tadika tersebut yang bekerja sebagai pilot si sebuah syarikat penerbangan tempatan iaitu MAS dan dilihat berperangai ala-ala playboy.
Namun umpama malapetaka menimpa Ain Hawani apabila Ain Hawani dan Adam muhkriz telah ditangkap basah bersama oleh orang orang kampung , Ain Hawani terpaksa berkahwin dengan Adam Muhkriz untuk membersihakn namanya dan dan nama keluarganya.
Namun Ain Hawani dan Adam Muhkriz tidak bahagia dengan perkahwninan tersubut kerana beberapa hal yang berlaku.
Adam Muhkriz dilihat lebih mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.
Adam dan Hawa kembali menarik apabila selepas itu mereka terpisah apabila Ain Hawani telah berjaya melanjutkan pelajaran diluar negara selama 8 tahun, Adam Muhkriz yang masih menganggap Ain Hawani sebagai seorang isterinya rela menunggu ain hawani selama 8 tahun ini namun semua itu berbeza bagi ain.
Mereka kembali bertemu di tempat paling mulia di dunia ini iaitu mekah, selepas itu mereka berdua pulang ke tanah air dan hubungan cinta mereka kembali bertaut.
Oh ya, kalau anda nak tonton online, boleh tonton di SINI.
Carian Anda :
- tonton adam dan hawa (129)
- adam dan hawa online (115)
- penangan adam dan hawa (58)
- adam hawa watch online (38)
- sinopsis adam dan hawa (37)
- watch online adam dan hawa (34)
- madah cinta romantis (33)
- adam dan hawa online watch (26)
- adam dan hawa tonton online (25)
- tonton online adam dan hawa (24)
Category: Drama Melayu
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











