Pemain Ivory Coast, Gervinho Sah Menjadi Milik Arsenal
LONDON: Penyerang Ivory Coast, Gervinho semalam disahkan sudah menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Lille.
“Hebat menjadi pemain Arsenal,” kata pemain berusia 24 tahun itu yang membantu Lille menjulang liga Perancis dan piala berganda musim lalu dengan 15 gol daripada 40 perlawanan.
“Saya sangat gembira. Saya sentiasa bermimpi untuk bermain di kelab ini. Saya sudah mencapai impian itu dan sangat gembira. Ia menjadi antara hari paling gembira dalam hidup saya.” Gervinho berkata, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjadi faktor utama dia membuat keputusan untuk berhijrah ke London.
“Saya gembira kerana dapat berpeluang berkerja dengan Wenger.
“Saya datang ke kelab ini kerana percaya beliau boleh meningkatkan permainan saya dan membantu melonjakkan saya ke tahap lebih tinggi tapi lebih penting saya boleh membantu pasukan ini setiap kali beraksi.” – AFP
Category: Bola Sepak
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











