Ozlyn Keguguran Kali Kedua, Johan Raja Lawak Kecewa

| 12/11/2011 | 0 Comments

Pelawak, Johan Raja Lawak akui amat kesal dan kecewa apabila mendapati isterinya Ozlyn atau Rozlinawaty Ismail sudah keguguran sebanyak dua kali sepanjang tahun ini.

Walaubagaimanapun Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz telahpun akur dan redha dengan takdir yang telah Tuhan tentukan.

johan Ozlyn Keguguran Kali Kedua, Johan Raja Lawak Kecewa

“Sebenarnya dalam tahun ini sahaja Ozlyn sudah keguguran sebanyak dua kali. Bila pertama kali gugur itu saya boleh terima, tapi bila kali kedua keguguran saya amat kecewa dan kesal kerana tidak menjaganya.

“Namun, saya selalu berfikir bila nasib seperti ini menimpa saya dan isteri, mungkin Tuhan belum mahu menambahkan kami rezeki atau cahaya mata. Mungkin, masih belum masanya dan saya hanya perlu bersabar menantikannya,” katanya yang sudah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ahmad Sodiq Hainana, 2.

Menurut Johan lagi, dia hanya mengetahui isterinya itu hamil selepas didapati keguguran kerana mereka tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata dan hanya berserah kepada rezeki Tuhan.

“Selepas kami pulang dari melakukan aktiviti bersukan di gym baru-baru ini, dia mengalami pendarahan yang banyak dan dari situ baru kami tahu Ozlyn mengandung.

“Memang kami tidak merancang, tapi tak sangka pula dia mengandung kerana Ozlyn sendiri tidak dapat pastikan dia ketika itu sedang hamil dua bulan.

“Saya mengharapkan keluarga yang besar. Kalau boleh biarlah kami ada empat orang anak. Itupun bergantung kepada rezeki yang diberikan olehNya,” luahanya yang ditemui dalam sidang media drama bersiri Elly dan Epit di Delicious, Jalan Pinang.

Sementara itu, Johan yang kini menjadi penyampai radio Era untuk segmen Hujung Minggu Era setiap hari Sabtu dari jam 7 pagi hingga 11 pagi itu, bakal menyiapkan diri untuk dua filem nyang bakal diterima dari pengarah Mamat Khalid dan Syamsul Yusof.

“Mulai awal tahun hadapan, mungkin saya akan sibuk dengan pengambaran bersama Mamat Khalid untuk filem terbarunya. Tajuk filem itu belum diberitahu lagi tetapi saya sudah bersetuju untuk terima tawaran tersebut.

“InsyaAllah Februari tahun hadapan pula, saya akan menjalani penggambaran untuk filem terbaru Syamsul yang berjudul KL Tak Gangster,”tambahnya lagi.

iklan1 Ozlyn Keguguran Kali Kedua, Johan Raja Lawak Kecewa

Carian Anda :

  • gambar anak johan raja lawak (339)
  • isteri johan raja lawak (162)
  • isteri johan (140)
  • anak johan raja lawak (112)
  • gambar keluarga johan raja lawak (99)
  • ozlyn (99)
  • johan raja lawak dan isteri (81)
  • johan raja lawak (79)
  • biodata ozlyn (78)
  • anak johan raja lawak dan ozlyn (64)

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Berita, Gossip Panas

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: