Olimpik 2012 : Pandelela Kutip Gangsa, Tambah Pingat Untuk Malaysia

| 10/08/2012 | 0 Comments

pandalela Olimpik 2012 : Pandelela Kutip Gangsa, Tambah Pingat Untuk Malaysia

RATU terjun negara, Pandelela Rinong membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat – gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik, London, sebentar tadi.

Pandelela memungut 359.20 mata dalam persaingan yang berakhir sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam acara itu, emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang perak dibawa pulang oleh Brittany Broben dari Australia (366.50 mata).

Dengan kejayaan Penerjun muda dari Sarawak ini, Malaysia setakat ini telah mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012.

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengutip perak Sabtu lalu.

Keputusan akhir:

EMAS: Chen Ruolin (CHN) – 422.30 mata
PERAK: Brittany Broben (AUS) – 366.50
GANGSA: PANDELELA RINONG – 359.20

iklan1 Olimpik 2012 : Pandelela Kutip Gangsa, Tambah Pingat Untuk Malaysia

Carian Anda :

  • pandelela rinong 2012 (21)
  • pandelela rinong video (20)
  • pandelela rinong olimpik 2012 video (11)
  • aquatik pandelela rinong (1)
  • pandelela rinong video olimpik 2012 (1)

Tags: , , , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge