Neelofa Tuntut Penjelasan Dan Bukti, Hargai Sokongan Hans Issac
Setelah Tasha Shila & Anzalna meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing kepada Neelofa yang didakwa memulakan dahulu kontroversi ini, Neelofa tekad menggunakan tindakan undang-undang terhadap Anzalna yang didakwa Neelofa sebagai menghina beliau. Neelofa telah membuat satu sidang media khas bagi menjawab isu tuduhan di’bangkitkan Anzalna Nasir di Bandar Utama.
Dalam sidang media itu, Neelofa telah membuat satu kenyataan rasmi bahawa dia telah melantik firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co untuk membuat tuntutan terhadap Anzalna Nasir berhubung kenyataannya di dalam artikel yang ditulis oleh wartawan Zubir Yunos.
“Saya buat sidang media ini berhubung dengan penyiaran artikel yang ditulis oleh wartawan, Zubir Yunos bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’ yang disiarkan di akhbar B*Pop, mukasurat 10, pada 10 Jun lalu. Semua kenyataan Anzalna itu tidak benar dan Lofa telah melantik dua orang Peguambela dan Penguamcara iaitu Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ahmad Hidayat Md Nor untuk mengendalikan kes ini. Satu notis tuntutan telah pun dihantar kepada pihak terbabit bertarikh (13 Jun 2012).
“Pihak kami membuat dua tuntutan kepada Anzalna iaitu penjelasan terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berserta bukti yang boleh menyokong kenyataan tersebut. Tindakan ini terpaksa diambil kerana semua kenyataan Anzalna itu 100 peratus tidak benar dan berunsur fitnah. Kalau tidak masakan saya berani buat sidang media ini dan dapatkan nasihat peguam.
“Sebelum saya mengambil langkah seterusnya, saya beri peluang kepada Anzalna untuk bagi penjelasan beserta bukti. Jika dia gagal berbuat demikian, langkah seterusnya akan diambil,” ujar Neelofa tegas.
Menurut peguamnya, Mohd Irwan Mohd Mubarak, notis tuntutan terhadap Anzalna dibuat setelah meneliti segala fakta yang ada. Jelasnya penelitian yang dibuat, terdapat beberapa perkara berbaur fitnah dan tidak benar. Oleh itu, pihaknya menuntut dua perkara daripada Anzalna iaitu penjelasan dan bukti.
“Sebelum kami mengambil langkah selanjutnya, kami mahu Anzalna beri penjelasan dan kemukakan bukti untuk menyokong segala kenyataan yang dikeluarkan. Dia kena jawab dalam masa tujuh hari. Jadi, buat sementara waktu ini kita kena tunggu maklumbalas daripada dia. Jika dia gagal, barulah langkah seterusnya akan diambil,” ulas Mohd Irwan.
Sementara itu, Neelofa mengakui dia berasa terpukul dengan kenyataan Anzalna itu kerana segala perkara diceritakan oleh Anzalna itu tidak benar sama sekali dan boleh menjejaskan imejnya sebagai seorang artis.
“Memang ini bukan kali pertama saya dikaitkan dengan perkara sebegini. Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Anzalna ini sangat berat serta membabitkan nama baik keluarga saya. Sebab itu saya tidak boleh bertolak-ansur atau melupakannya begitu sahaja. Ia menjejaskan reputasi saya sekarang ini dan juga di masa akan datang. Demi menjaga nama baik saya dan keluarga, saya perlu ambil tindakan sebegini. Seandainya saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, mungkin Lofa akan maafkan dia,” ujar Neeofa lagi.
Di suatu situasi yang lain, Hans Issac sebelum ini digossipkan bercinta dengan Neelofa telah menyatakan sokongan beliau terhadap Neelofa. Hans Issac yang telah mencabar Zubir untuk berdebat bersamanya dalam tulisannya di BiPop.
“Buat masa sekarang ini, saya hargai sokongan daripada sesiapa sahaja yang berada di sisi saya. Tetapi, saya tidak boleh komen sama ada cadangan Hans untuk buat debat bersama wartawan itu boleh bawa kebaikan atau tidak kepada saya. Saya tidak dapat sebarang gambaran buat masa ini. Lagipun saya percaya bukan mudah untuk lakukan debat itu kerana ia membabitkan beberapa pihak. Wartawan itu pun daripada organisasi media yang besar,” ulas Neelofa apabila diminta mengulas tentang kenyataan peribadi Hans di akaun Twitter miliknya.
Bagaimanapun, Neelofa percaya penerbit filem itu punya sebab tersendiri untuk anjurkan debat itu memandangkan Hans sudah lama terlibat dalam industri hiburan tempatan.
“Hans sudah lama berada di dalam industri hiburan ini. Jadi, mesti dia punya sebab tersendiri untuk buat debat itu. Mungkin dia ada isu-isu lain yang hendak diperdebatkan dengan wartawan itu,” ulas Neelofa lagi.
Menyingkap tentang permulaan sengketanya dengan Anzalna, heroin filem Azura ini mengakui salah faham dan rasa tidak puas hati di antara mereka berdua telah lama berlaku iaitu ketika mereka sama-sama terlibat dengan pertandingan Dewi Remaja 2010. Namun, bagi Neelofa segala sengketa yang berlaku ketika itu adalah perkara biasa kerana masing-masing ingin menang.
“Memang hubungan kami bermasalah sejak pertandingan Dewi Remaja lagi. Kalau ada yang mengikuti program ini di saluran Astro dahulu, pasti maklum dengan situasi yang kami alami. Namun, saya rasa itu perkara biasa dalam sesebuah program realiti kerana masing-masing hendak menang. Saya ingatkan lepas pertandingan berakhir, ia habis di situ. Tetapi Anzalna tidak puas hati dengan kemenangan saya dan luahkan perasaannya itu di laman Facebook miliknya.
Macam-macam yang dia kata tentang saya sehinggakan penyokong kami bergaduh sesama sendiri di laman Facebook. Persoalannya, mengapa baru sekarang dia hendak bangkitkan perkara ini? Kononnya hendak tunjukkan siapa diri saya yang sebenar. Saya tidak rasa perbuatannya itu satu tindakan bijak. Sejujurnya saya tidak suka apa yang berlaku kerana ia seolah-olah menjatuhkan imej sendiri dan nampak tidak berpelajaran. Atas sebab itu juga saya ambil pendekatan menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan perkara ini. Anzalna tidak perlu bersemuka dengan saya. Cukup sekadar berikan penjelasan dan bukti yang diminta!” tegas Neelofa.
Sementara itu, Neelofa juga mengakui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi, ada menghubunginya melalui telefon untuk bertanyakan kedudukan sebenar. Namun, enggan mengulas lanjut tentang tindakan yang mahu diambil oleh persatuan itu.
Zed Zaidi maklumkan pihaknya hanya akan masuk campur jika masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh kami sendiri. Setakat ini dia memberikan kami masa untuk selesaikan perkara ini dengan cara sendiri. Tentang tindakan disiplin itu, saya tak mahu komen lanjut,” ujar Neelofa
Carian Anda :
- aishah ilias (63)
- anzalna nasir seksi (62)
- izara aishah bogel (54)
- anzalna nasir bogel (45)
- leuniey natasha (42)
- sabhi saddi (36)
- tetek anzalna (33)
- kekasih nazmi faiz (19)
- gambar nazmi faiz dan kekasih (19)
- hans isaac neelofa (16)
Category: Gossip Panas, Hiburan
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











