Menteri Besar Perak Kecam Sultan Johor, TMJ Jelas Tidak Ambil Duit Rakyat Beli “WWW1″

| 29/05/2012 | 0 Comments

sultan johor www1 Menteri Besar Perak Kecam Sultan Johor, TMJ Jelas Tidak Ambil Duit Rakyat Beli WWW1Hanyalah no pendaftaran kenderaan tetapi nilainya seperti membeli sebuah kenderaan mewah. Itulah nombor pendaftaran WWW 1 yang bernilai setengah juta ringgit. Terdahulu, senarai nama pemenang bidaan nombor pendaftaran WWW telah pun kami kongsikan, namun isu no pendaftaran WWW ini masih lagi belum henti.

Menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengecam tindakan Sultan Johor dalam membeli nombor pendaftaran WWW sehingga harga mencecah setengah juta ringgit.

Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Baginda berkata perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.

Baginda berkata demikian dalam Twitternya, Isnin, sebagai menjawab kritikan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

“Duit yang diperuntuk kepada ayahanda saya (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

“Tujuan yayasan itu (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) ialah untuk rakyat dan bagi membantu kerajaan negeri Johor,” kata baginda.

“Saya sendiri, semasa menjadi Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen dari kerajaan sehingga hari ini. Ia adalah duit rakyat. Jadi sebelum anda membuka mulut, selidik dahulu,” tegas baginda.

iklan1 Menteri Besar Perak Kecam Sultan Johor, TMJ Jelas Tidak Ambil Duit Rakyat Beli WWW1

Carian Anda :

  • WWW1 (67)
  • tmj johor (62)
  • sultan johor (61)
  • sultan johor www1 (24)
  • www1 sultan johor (19)
  • www 1 sultan johor (15)
  • johor (10)
  • rumah sultan johor (6)
  • isteri sultan johor (5)
  • sultan johor bunuh adam (4)

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: Berita, Info, Isu Semasa

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: