Majlis Perundingan Gaji Negara Perlu Kuatkuasakan Gaji Minimum RM1500

| 03/10/2011 | 2 Comments

 

subramniam400px Majlis Perundingan Gaji Negara Perlu Kuatkuasakan Gaji Minimum RM1500

Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mengadakan perjumpaan pertama di Putrajaya pada Selasa lalu, digesa supaya menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum untuk pekerja di negara ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup sekarang.

Jika sebelum ini pihaknya menuntut gaji minimum RM900 tetapi melihat ia kadar sudah tidak relevan memandangkan kos kehidupan semakin meningkat. Walaupun beberapa pemimpin dan ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggotai majlis itu, pihaknya tetap yakin mereka akan terus mengusulkan supaya gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1500.

Tahun lalu bekas presiden MUTC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar.

Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) Abdul Razak Md Hasan pula berkata pihaknya amat berharap penetapan gaji minimum akan diperluaskan ke semua sektor bagi memastikan tiada lagi pekerja berpendapatan rendah berhadapan dengan tekanan hidup.

Datuk Subramaniam, Menteri Sumber Manusia berkata kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum menjelang akhir tahun ini dengan mengambil kira syor yang bakal dikemukakan MPGN tetapi berteraskan keutamaan sama rata kepada kepentingan kerajaan, pekerja dan majikan.
MPGN akan menasihatkan kerajaan dalam semua perkara berhubung gaji
MPGN akan menasihatkan kerajaan dalam semua perkara berhubung gaji minimum termasuk perkembangan pada peringkat antarabangsa. Ia boleh mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan wilayah tertentu selain perkara berhubung kait dengan gaji minimum atau gaji secara umum.
MPGN ada pilihan sama ada mengesyorkan gaji minimum mengikut sektor, pekerjaan dan wilayah atau mengesyorkan gaji minimum dipakai dalam semua sektor, semua jenis pekerjaan dan semua wilayah. 
Sebelum ini tiga kaedah yang diguna pakai adalah penetapan gaji berdasarkan kuasa pasaran menerusi Perjanjian Bersama (CA) dan Majlis Penetapan Gaji (MPG) di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.
Bagaimanapun daripada tiga kaedah itu hanya gaji yang ditetapkan MPG ditetapkan sebagai gaji minimum, tetapi terhad kepada sub sektor tertentu bagi kumpulan pekerja yang mudah terjejas seperti pembantu kedai, pekerja pelabuhan, hotel dan penyediaan makanan serta pengawal keselamatan. via themalaysianinsider
iklan1 Majlis Perundingan Gaji Negara Perlu Kuatkuasakan Gaji Minimum RM1500

Carian Anda :

  • mails perundingan gaji negara (2)
  • majlis perundingan gaji negara 2013 telefon no (1)
  • majlis perundingan gaji negara contact number (1)
  • Majlis Perundingan Gaji Negara Putrajaya (1)
  • majlis perundingan gaji negara telephone no (1)
  • number telefon majlis perundingan gaji negara (1)
  • TELEPHONE NUMBER MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA (1)

Tags: , , , , ,

Category: Berita, Info, Isu Semasa

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Bagus juga kalau boleh dapat RM 1500 / month as your minimum salary.
    Lowongan Kerja nak shared pasal..Organization Development Officer & HR Generalist Vacancy 2011My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: