Maharaja Lawak Mega : Senarai Nama Peserta Maharaja Lawak Mega
Setelah lama menanti, akhirnya i dapat juga info ini. Setelah lama i keluarkan desas desus mengenai Maharaja Lawak Mega ini, akhirnya Astro telah pun mengesahkan perkara ini.
Dipahamkan bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.
Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.
Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri.
“Kami memberi kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta.
“Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.
SENARAI PESERTA
Berkumpulan:
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)
Solo:
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid
Hope Maharaja Lawak Mega ini akan best seperti Maharaja Lawak yang lepas. Hope so!
Carian Anda :
- peserta maharaja lawak mega 2012 (253)
- senarai peserta maharaja lawak mega 2012 (38)
- peserta maharaja lawak 2012 (21)
- peserta maharaja lawak mega 2 (17)
- senarai nama peserta maharaja lawak mega 2012 (17)
- senarai maharaja lawak mega 2012 (16)
- senarai nama maharaja lawak mega 2012 (14)
- maharaja lawak mega 2012 peserta (14)
- senarai nama kumpulan maharaja lawak mega (1)
- rap maharaja lawak mega (1)
Category: Berita
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











