Kisah Lelaki Bunuh Diri Disebalik Lagu “Sudah Cukup Sudah”
Lagu Sudah Cukup Sudah menjadi fenomena di Malaysia kini. Pada ingatan kami, lagu ini yang pertama kali dimainkan di stesen radio SuriaFM menjadi siulan rakyat malaysia yang menggemari lagu tersebut. Sampaikan kami juga suka dengan lagu Sudah Cukup Sudah itu. Tapi tahukah anda cerita disebalik lagu Sudah Cukup Sudah itu?
Kumpulan muzik dari Indonesia iaitu Nirwana yang popular di Malaysia dengan lagu Sudah Cukup Sudah memberitahu lagu itu dihasilkan bagi mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu.
Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara.
“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang.
“Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah… biarlah aku pergi saja,” membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu,” katanya.
Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.
Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.
“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” katanya.
Sementara itu ditanya mengenai kehidupan mereka sebelum bergelar artis Nirwana memberitahu mereka hidup melarat termasuklah terpaksa tidur di bawah jambatan di negara ini.
Mereka juga pernah makanan nasi berkongsi lima kerana tiada sumber pendapatan lain akibat kesempitan hidup.
“Kami hidup melarat, tidur di bawah jambatan dan juga di tepi kaki lima jalan. Tapi itu semua pengalaman berguna untuk kami iaitu bukan mudah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya sebenarnya.
“Kami amat bersyukur kerana single pertama kami menjadi popular di Malaysia dan memasuki carta kebanyakan stesen radio disana,” katanya.
Selain Denis, Nirwana dianggotai oleh Henry (pemain dram), Arief (keyboard), Avew (gitar) dan Ekek (gitar utama).
Kumpulan berkenaan berasal dari Subang, Jawa Barat dekat sini dan merupakan kumpulan muzik yang sedang mencipta populariti di Malaysia.
Bagi yang belum pernah dengar lagu Sudah Cukup Sudah ini, boleh la dengar balik di bawah ini. Kami sendiri buat video lagu ini minat punya pasal. Lagipun lirik lagu Sudah Cukup Sudah itu pun ada kena mengena dengan kami. Tapi tak adalah sampai nak bunuh diri. Hehe :) Enjoy!
Carian Anda :
- kisah disebalik lagu sudah cukup sudah (74)
- Cerita disebalik lagu sudah cukup sudah (40)
- kisah di sebalik lagu sudah cukup sudah (33)
- di sebalik lagu sudah cukup sudah (32)
- disebalik lagu sudah cukup sudah (29)
- Kisah di sebalik lagu teman pengganti (21)
- youtube lagu sudah cukup sudah (13)
- cerita di sebalik lagu sudah cukup sudah (13)
- video lagu sudah cukup sudah (11)
- cerita disebalik lagu teman pengganti (10)
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











kesiannya -,-
Sedihnya
sedihnye……ble sye dgr lgu ne pun terase air mate mengalir…….
ish ish
mnglir air mtaku..apabila mndngaq lgu ni..
wat tacing pa oi
sdih,…si0t..
cian….