Kenyataan Balas Tasha Shila Terhadap Neelofa

| 14/06/2012 | 2 Comments

tasha shilla Kenyataan Balas Tasha Shila Terhadap Neelofa

Hangat dunia hiburan mengenai pergaduhan diantara Tasha Shila, Anzalna dengan Neelofa ini. Terdahulu kami melaporkan isu panas mengenai mereka bertiga ini. Kali ini Tasha Shila membuat kenyataan berhubung kekecewaannya apabila Neelofa mempertikaikan kemenangannya sebagai artis baru wanita popular di dalam ABPBH2011 yang lalu.

Sementara itu, di sebuah majalah, Neelofa ada membuat kenyataan bahawa Tasha Shila telah membeli suratkhabar dan mengundi untuk diri sendiri.

“Sebanyak 95 peratus kawan-kawan atau orang yang Lofa jumpa semua bertanya, siapa dia (Tasha)? Jadi, bila ada cerita yang mengatakan kononnya pemenang itu membeli suratkhabar untuk menang, Lofa pun tertanya-tanya. Pada Lofa, nak sangat menang, bagilah. Dia menang pun tak menjejaskan apa-apa. Katakanlah Najwa Latiff menang, itu logiklah kan? Ini sebaliknya. Tolonglah. Sebab itu Lofa cakap Lofa tak kisah kalah di tangan Najwa Latiff sebab dia memang popular. Bukan di tangan pelakon itu. Kalau labur berpuluh ribu semata-mata nak dapat award, bagi Lofa lupakanlah. Lebih baik Lofa gunakan duit itu untuk bayar wang pendahuluan rumah atau benda lain. Tak berbaloi langsung.”

Tasha shila dengan kecewa meluahkan ketidakpuasan hatinya melalu BiPop :

“Bagi saya, semua calon Top 5, popular dan mereka berpeluang untuk menang. Hanya Lofa seorang sahaja yang dilihat seolah-olah mempertikaikan kemenangan saya, calon lain tak cakap apa-apa pun, malah ucap tahniah lagi. Dari situ saya dah nampak, Lofa seorang sahaja yang bermasalah. Mungkin sebelum ini Lofa memandang rendah terhadap saya.”

“Lofa nie depan saya lain, belakang lain. Selepas membaca kenyataannya, saya rasa Lofa seorang yang bermuka-muka. Bagi saya, dia ada perasaan busuk hati, sebab tu dia boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan. Lofa sendiri yang menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan saya menerusi kenyataannya sebelum ini. Orang yang membaca kenyataannya, boleh membuat penilaian mereka.”

“Melalui twitter, Lofa tulis “next year kita pun kena beli paper satu lori juga”. Bagi saya, sekiranya tahun depan dia tercalon sekali lagi dalam Top 5, beliau nak beli satu lori, terpulanglah. Itu usaha dia. Masing-masing ada peminat. Apa yang ditulisnya itu menunjukkan Lofa tak boleh terima kenyataan. Bagi saya, Lofa tak perlulah mengaibkan saya, cakap saya macam-macam.”

“Apabila saya ada kawan seperti Lofa, lebih baik saya menjauhkan diri daripadanya. Sepatutnya dalam industri, tak boleh ada perasaan busuk hati kerana kita perlu sokong kerjaya masing-masing.”

“Kalau kita tak menang, sewajarnya kita berusaha lebih gigih. Sekiranya nak bersaing, biarlah sihat, bukannya mengeluarkan kenyataan negatif untuk menjatuhkan pihak lain.”

“Bagi saya sebelum kita nak mengata perihal orang lain, cerminlah diri sendiri dulu. Kenyataan Lofa ibarat meludah ke langit, terkena mukanya sendiri.”

Dan kami percaya, isu ini tidak akan berhenti di sini. Kita nantikan episod seterusnya.

iklan1 Kenyataan Balas Tasha Shila Terhadap Neelofa

Carian Anda :

  • ANZALNA (324)
  • tasha shilla neelofa (55)
  • khairul fahmi che mat dan leuniey (54)
  • tasha shilla vs neelofa (32)
  • pergaduhan neelofa dan anzalna (30)
  • kenyataan anzalna terhadap neelofa (24)
  • pelakon baru wanita malaysia (23)
  • TASHA (16)
  • neelofa vs tasha shila (15)
  • isu hangat antara neelofa dan anzalna (11)

Tags: , , , , , ,

Category: Gossip Panas, Hiburan

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. gadis-gadis comel..
    janganlah gaduh.
    hahaah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: