Kelayakan Piala Dunia 2014 – Bangkitlah Malaysia!!!

| 24/07/2011 | 0 Comments
164821 484514624170 667944170 5626528 3423057 n Kelayakan Piala Dunia 2014   Bangkitlah Malaysia!!!

Episod duka di Jalan Besar terpaksa juga diterima walaupun terlampau kelat untuk ditelan. Pasukan lawan mengambil segala kesempatan yang diberikan kepada mereka untuk diterjemahkan dalam bentuk gol. Pemain Malaysia dilihat terlalu berlembut dengan jentera serangan Singapura, walaupun tidak sampai satu minit sudah di depan menerusi jaringan gol oleh Safee Sali. Dua kali mendapat tendangan percuma dan kedua-duanya menemui sasaran sekaligus membuktikan bahawa pasukan dari sebarang tambak ini mempunyai naluri gol yang mungkin sama sekali tidak diduga oleh pemain Malaysia.

Taktikal Dato K. Rajagobal meletakkan Ismail Faruqi di dalam kesebelasan utama ternyata tidak membuahkan hasil. Selain kalah dari segi fizikal, Ismail Faruqi juga kurang dari segi pengalaman apabila beliau gagal menyempurnakan peluang yang terhidang di dalam kotak penalti lawan hasil daripada kerja keras yang dilakukan Safee Sali.
Namun begitu, timbul seribu satu persoalan tentang kemampuan barisan muda pertahanan negara. Selain gagal melindungi Sharbinee Alawee dengan secukupnya, mereka juga terlalu mudah memberi peluang kepada pihak lawan untuk memasuki kotak penalti. Hasilnya baki tiga gol yang dilakukan oleh Mustafic Fahruddin, Shi Jia Yi dan Alexander Duric sama sekali membuatkan kem Malaysia semakin tertekan ditambah dengan kepenatan bermain di atas padang rumput tiruan. Ini sama sekali membuatkan Dato K.Rajagobal harus mencari semula formula terbaik untuk memperbaiki struktur barisan pertahanan yang dibolosi 19 gol dalam 5 perlawanan terakhir termasuk semasa bertemu Arsenal dan Liverpool.
Seperti sedia maklum, para pemain Singapura lebih kompetitif di atas padang rumput tiruan kerana mereka bukan setakat berlatih tetapi juga sudah acab kali menggunakan lapangan rumput tiruan baik untuk liga mahupun di peringkat antarabangsa. Tetapi, ianya sama sekali tidak boleh dijadikan alasan kepada kita di atas kegagalan ini, sebaliknya harus lebih menumpukan kepada pembaik pulih semula moral pemain dan melakukan sedikit rombakan di beberapa posisi.
Dua gol yang dihasilkan pada separuh masa kedua membuktikan bahawa Harimau Malaya masih bertaring walaupun tertekan ketinggalan dengan defisit 3 gol. Di hiasi dengan dua kad merah satu kepada ketua pasukan negara Safiq Rahim dan satu lagi kepada Ismail Yunos (Singapura) permainan turut dicemari dengan insiden balingan objek ke dalam padang.
Berbaki beberapa hari lagi sebelum sepak mula di Stadium Nasional Bukit Jalil, pastinya perlawanan ini menjanjikan aksi yang penuh mendebarkan. Selain kembali bermain di atas padang rumput sebenar, sokongan padu dari para penyokong akan menjadi aset utama kepada skuad Harimau Malaya untuk mencari sekurang-kurangnya baki dua gol dalam memastikan cabaran Malaysia diteruskan. Perlawanan ‘local derby’ ini pastinya akan menjanjikan aksi yang dramatik dan diharap Malaysia sama sekali tidak tertipu dengan sebarang muslihat yang dilakukan pasukan lawan.
Diharapkan pemain Malaysia bersedia dalam segenap aspek terutama mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan genting sebegini. Tidak sama sekali ada timbul perasaan putus asa dan diharap sekembalinya pemain seperti Aidil Zafuan dan Norshahrul Idlan dapat menampung beberapa kelemahan yang di tinggal mereka sebelum ini.


Sumber : malayatigerfootball.com


iklan1 Kelayakan Piala Dunia 2014   Bangkitlah Malaysia!!!

Category: Bola Sepak

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge