Kehilangan Bapa, Iqram Dinzly Minta Fouziah Gous Bersabar

| 15/08/2012 | 0 Comments

Iqram Kehilangan Bapa, Iqram Dinzly Minta Fouziah Gous Bersabar

Pelakon dan pengacara Iqram Dinzly menasihati Fouziah Gous supaya menerima dengan baik pemergian bapanya yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Iqram berkata, dia sempat berjumpa dengan Fouziah pada Ahad lalu selepas pulang daripada Singapura bagi memberikan kata-kata semangat kepada rakannya itu.

“Saya kata kepadanya banyak keberkatan seseorang itu meninggal dunia pada bulan Ramadan yang mulia. Bapanya antara insan istimewa yang terpilih.

“Dia masih bersedih kerana terkejut dengan berita tersebut,” katanya.

Iqram ditemui selepas menghadiri Majlis Fitrah Ramadan bersama anak-anak yatim di sini Masjid Setiawangsa di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Iqram berkata, pada kunjungannya itu, dia sempat menghabiskan masa bersama keluarga Fouziah dengan berbuka puasa bersama-sama dan mengerjakan solat terawih.

Menurut Iqram, Fouziah akan berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin bersama dengan keluarganya selain menghormati pemergian bapa tersayang.

Terdahulu, bapa Fouziah iaitu Mohd Gous Ghulam, 76, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kira-kira pukul 10 pagi Sabtu lalu.

Fouziah dikatakan sempat bertemu bapanya sebelum keluar untuk ke lokasi penggambaran.

Dalam perkembangan lain, Iqram berkata, persediaan sambutan Syawal tahun ini dibuat secara sederhana dan hanya membeli barang keperluan sahaja.

Iqram memberitahu dia akan kembali ke kampung halaman iaitu Ipoh, Perak selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan rutinnya sebagai pelakon dan pengacara.

iklan1 Kehilangan Bapa, Iqram Dinzly Minta Fouziah Gous Bersabar

Carian Anda :

  • iqram dinzly biodata (21)
  • iqram dinzly berhijrah (20)
  • iqram dinzly dan fauziah gous (16)
  • fauziah gous biodata (15)
  • fouziah gous dan iqram dinzly (14)
  • fouziah gous iqram dinzly (7)
  • biodata iqram dinzly (5)
  • biodata fauziah gous (5)
  • fauziah gous profile (4)
  • iqram dinzly dan kekasihnya (2)

Tags: , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: