Kakitangan Awam Selangor Dapat Bonus Aidilfitri 2012

| 26/07/2012 | 0 Comments

khalid ibrahim menteri besar selangor Kakitangan Awam Selangor Dapat Bonus Aidilfitri 2012

Kerajaan Selangor mengikut jejak langkah Kerajaan Pusat apabila meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam negeri itu bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor turut memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.

“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bonus Kakitangan Awam Selangor 300x179 Kakitangan Awam Selangor Dapat Bonus Aidilfitri 2012

Beliau berkata, kedua-dua bonus itu akan dimasukkan ke dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan.

Katanya, kerajaan negeri itu memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam pada tahun ini.

“Kami berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam untuk menabung demi masa depan.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam. Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus yang akan dimanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan itu akan dibuat pada 9 Ogos.

iklan1 Kakitangan Awam Selangor Dapat Bonus Aidilfitri 2012

Carian Anda :

  • KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS 200 (1)
  • mb selangor khalid ibrahim (1)

Tags: , , , ,

Category: Berita

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: