Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012 Seluruh Negeri Di Malaysia
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah 2012 Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia.
Untuk makluman sepanjang bulan Ramadhan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum. Kaunter-kaunter dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang.
Sepanjang Ramadhan ini sembilan kaunter PPZ dibuka iaitu di Shamelin, Masjid Negara, Wangsa Maju, Putrajaya Presint 9, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail , Daruzzakah, Masjid Abdul Rahman bin Auf, Puchong dan Masjid Imam Al-Ghazali, Kepong dan Labuan . Segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui Pusat Panggilan kami 1-300-88-5757 dan juga boleh melayari Portal PPZ, zakat.com.my untuk pertanyaan, bayaran dan semak penyata bayaran.
Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat iaitu zakat pendapatan, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan, zakat emas, zakat fitrah dan pembayaran fidyah.
Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri.
Panduan membayar Zakat
- Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
- Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
- Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya.
Carian Anda :
- zakat fitrah 2012 (19)
- zakat fitrah sarawak 2012 (12)
- zakat 2012 sarawak (3)
- zakat online sarawak (3)
- zakat fitrah sabah 2012 (2)
- bayaran zakat fitrah sarawak 2012 (2)
- statistik pembayaran zakat negeri-negeri di malaysia (2)
- bayaran zakat fitrah 2012 sarawak (2)
- statistik lembaga zakat malaysia (2)
- statistik pembayaran zakat negeri-negeri di malaysia 2011 (1)
Category: Info
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)











