JPN Keluarkan MyKad Baru Dengan Ciri Keselamatan Yang Dipertingkatkan

| 18/10/2011 | 0 Comments

mykad img JPN Keluarkan MyKad Baru Dengan Ciri Keselamatan Yang Dipertingkatkan

Kad pengenalan baru ini lengkap dengan ciri keselamatan yang kukuh dari sebelumnya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

MyKad baru ini diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

mykad baru JPN Keluarkan MyKad Baru Dengan Ciri Keselamatan Yang Dipertingkatkan

iklan1 JPN Keluarkan MyKad Baru Dengan Ciri Keselamatan Yang Dipertingkatkan

Carian Anda :

  • cici-ciri keselamatan kad pengenalan (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Berita, Info, Isu Semasa

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge