Johan Raja Lawak Dikatakan Menghidap Penyakit Seorang Pelupa Yang Kronik

| 10/09/2011 | 2 Comments

Johan Raya Tak Jadi Johan Raja Lawak Dikatakan Menghidap Penyakit Seorang Pelupa Yang Kronik

Johan Raja Lawak yang kini menjadi antara salah satu pelawak yang tersohor di negara ini dikatakan menghidap penyakit pelupa kronik. Mengikut abangnya, Shuib, penyakit yang dihidapi Johan bukanlah penyakit keturunan.

Penyakit ini amat mengganggu kehidupan seharian beliau dan abangnya yang harus mengingati Johan siapa dirinya setiap kali beliau bangun dari tidur. Memang sukar kehidupan yang harus ditempuhi Johan setiap kali beliau mencelik matanya dari mimpi.

Begitulah kisah hidup watak yang dibawakan oleh Johan Raja Lawak iaitu ‘Bob’ di dalam filem yang akan menggegarkan panggung dengan gelak ketawa pada 15 September 2011. Filem komedi ini merupakan filem pertama Johan bersama Grand Brilliance dan ia bakal menghidupkan semangat raya walaupun tarikh tayangan Raya Tak Jadi jatuh pada pertengahan bulan raya.

Tajuk filem ini sahaja dapat mengundang gelak ketawa kecil apatah lagi dengan kehadiran Johan dengan gelagatnya yang kelakar. Apa yang lebih kelakar ialah watak beliau yang dilakonkan secara spontan. Jadi lakonan yang disampaikan oleh beliau kelihatan ‘natural’ seperti tidak dibuat-buat.

Malah, penggambaran filem ini bagaikan pentas Raja Lawak kerana krew penggambaran pasti akan tergelak apabila tamat lakonan babak Johan.

Ulasan yang diberikan oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin, Johan mempunyai satu daya tarikan yang kuat di dalam mencetuskan gelak ketawa, oleh itu watak Bob di dalam filem Raya Tak Jadi amat bersesuaian dengan beliau kerana kemampuan beliau berlakon secara spontan. Penonton pasti tidak akan jemu menonton lawak-lawak yang dibawakan oleh Johan kerana boleh dikatakan semua babak yang dilakonkannya di dalam filem Raya Tak Jadi bukanlah lawak yang sudak lapuk atau lawak yang digunakan semula.

Kepada semua peminat Johan Raja Lawak yang tidak sempat menonton di sebalik tabir Raya Tak Jadi di kaca televisyen, anda boleh melayari laman web Youtube Gbsbteam atau Facebook Grandbrilliance. Pastinya raya tahun ini akan dimeriahkan lagi dengan gelak ketawa pada 15 September 2011. Hanya di pawagam. Jom terjah ramai-ramai icon smile Johan Raja Lawak Dikatakan Menghidap Penyakit Seorang Pelupa Yang Kronik

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Uncategorized

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: