Jep Akhirnya Buka Mulut Mengenai Punca Sebenar Perpecahan Kumpulan Sepah
Kisah mengenai gossip yang melanda kumpulan Sepah sehingga berpecah masih tidak habis lagi. Semalam, Mr Leypark ada menulis mengenai Kenyataan Balas Dan Luahan Hati Adda Di Atas Kenyataannya Di Akhbar Bi-Pop, anda boleh baca balik di sini. Tapi kali ini Mr Leypark ada memberitahu i, ada kenyataan daripada Jep Sepah mengenai punca perpecahan kumpulan Sepah. Bagi anda yang belum menonton video ucapan khas dari jep mengenai pembubaran kumpulan sepah, anda boleh lihat di sini.
Okay, kali ini turn i pula. Jep Sepah ada memberitahu yang punca pembubaran kumpulan ada hubungkait dengan sikap Mamat sendiri. Kali ini jep bersedia meluahkan konflik sebenar yang berlaku dalam kumpulannya selama ini. Jom kita baca apa kata Jep apabila ditanya betulkah perpecahan kumpulan sepah ada kena mengena dengan Mamat :
“Saya tidak menafikan kenyataan itu. Sebelum ini, orang tak tahu apa masalah kami hingga saya putuskan untuk bergerak sendiri. Terus terang saya katakan, masalah disiplin dan tiada komitmen adalah faktor mengapa kumpulan ini tidak boleh bertahan lagi.
“Saya sudah pendam terlalu lama perkara ini dan tidak mampu bertahan lagi. Saya dapat rasakan kami boleh berjaya dalam industri seni ini apatah lagi kami bertiga sekampung. Masing-masing sudah mengenali keluarga serta tahu kelemahan dan kelebihan diri.
“Tapi, apa yang boleh saya katakan, saya sudah penat dengan ahli yang tiada disiplin dan komitmen dalam bekerja. Ada yang buat sambil lewa dan menganggap semua perkara itu remeh-temeh. Saya mula bosan dan takut untuk bersatu lagi,”
Mengakui ada ahli yang sukar memberi kerjasama lebih-lebih lagi memberi idea untuk setiap persembahan mereka, Jep lelah dengan perkara sedemikian.
“Bayangkan dari minggu pertama hingga minggu ke enam Maharaja Lawak, idea dan jalan cerita datangnya daripada saya seorang. Shuib juga ada membantu memberi idea dan selalu berbincang. Tapi, hanya kami berdua sahaja.
“Saya penat kerana saya juga sibuk seperti yang lain. Kerana itu saya ambil keputusan untuk kuburkan sahaja Sepah. Apatah lagi, semakin banyak masalah peribadi yang timbul,” katanya yang nekad berpecah selepas menjuarai Maharaja Lawak.
Hanya kerana nila setitik
Lanjutan daripada perpecahan itu, Jep turut terkena tempias lantaran pelbagai cerita kurang enak yang melanda salah seorang ahli yang bermasalah.
“Macam-macam yang saya dengar. Kaki perempuan, masalah disiplin, tak datang fotografi dan ada lagi yang membabitkan individu ini. Bukan hanya dia, malah ahli yang lain terkena juga. Hanya seorang buat hal, dua lagi akan menerima padahnya. Sepah tak ada disiplin, berlagak dan tak tepati masa.
“Sebagai kumpulan, sudah pasti saya mengambil sikap menegur di mana kurang dan silap. Tapi apa kesudahannya jika segala teguran dan nasihat tidak diendahkan? Jadi, keputusan berpecah ini adalah jalan terbaik,” katanya
Setelah penafian yang dikatakan oleh Mamat mengenai isu perpecahan sepah, Nah, akhirnya sudah terbongkar semuanya. Apatah lagi mamat sedia menjunjung kitab suci Al-Quran yang mengatakan kenyataan daripada Adda itu tidak benar sama sekali. Sampai begitu sekali ya nak mempertahankan diri sendiri? Itulah kata orang, jangan bermain dengan api, kelak akan terbakar diri. Situasi ini mungkin akan merumitkan lagi keadaan bagi mereka berempat. Hubungan antara Jep, Shuib dan Mamat pastinya renggang dengan pendedahan panas seperti ini. Adda mungkin juga akan menerima kutukan yang lebih seperti mana yang adda katakan , dia redha jika Mamat mahu mengaibkan dia dan keluarganya.
P/s : Semoga Mamat berubah. I lagi suka jika Sepah tak dibubarkan kerana Lawak anda bertiga lawak Melayu.
Carian Anda :
- jep sepah bercinta (155)
- shuib sepah biodata (67)
- kisah cinta jep sepah (33)
- punca perpecahan sepah (26)
- jep sepahtu bercinta (24)
- biodata jep kumpulan sepah (22)
- gosip jep sepah (17)
- rafidah ibrahim buka tudung (17)
- rafidah buka tudung (14)
- biodata kumpulan jambu (13)
Category: Gossip Panas
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)













hohoho..makin kecoh..makin kecoh..habis madu..SEPAH bersepah
hehehe akhirnya jep tidak dapat selindung lagi dari memberitahu semua.. hihihi :razz:
Isu ni semakin di perbesarkan..Masing masing nak pertahankan diri.. =..=”
MTT nak shared pasal..Perempuan GARANG vs perempuan LEMAH GEMALAI
biasa la kan, masing-masing tak mahu mengalah.. harap-harap semuanya ok lepas ini.. :o
Mr Leypark nak shared pasal..9 Peringkat Pangkat Seorang Perokok Yang Boleh Di Ketahui
Hope so Mr Leypark ;p
Jom leypark. Asyik bergosip je kita ni. Hahaha
Setuju dengan you. Dah macam perempuan plak dah kan. :???:
ermmm…mamat lah puncanye….apa kata mintak pendapat shuib pula, asik Jep je yg beri komen!
Shuib bertindak mendiamkan diri saja.. :smile:
dah agak dah, mst mamat tu yg jd punca…
Mr Rileks nak shared pasal..Kes Tembak Aminulrasyid Selesai Koperal Dihukum 5 Tahun Penjara
tu la tu kan bro.. kalau tak berpecah lagi best.. huhu
Mr Leypark nak shared pasal..Perodua Lancarkan Myvi Baru SE 1.5 & Myvi Extreme 1.5 – Harga Dari RM50,900 Ke Atas
serupa meet uncle hussin la ni. lepas juara berpecah
tanakwagu nak shared pasal..Miss Malaysia World vs Miss Malaysia Universe vs Miss Malaysia Earth
entah la.. tak tahu nak cakap ape.. huhuhu
Mr Leypark nak shared pasal..Perutusan Khas Hari Malaysia Dan Kemerdekaan Oleh Perdana Menteri, Najib Razak
tu la tu kan