Isu Gaduh : Tasha Shila, Anzalna & Neelofa Diberi Amaran

| 13/06/2012 | 5 Comments

tasha shila neelofa and anzalna Isu Gaduh : Tasha Shila, Anzalna & Neelofa Diberi Amaran

Biarpun isu ini dah berlalu dan masih lagi hangat, kami ingin bergosip juga. Kecoh industri hiburan kini apabila kami lihat semakin banyak kontroversi yang melanda. Lagi-lagi kepada tiga gadis cantik dan seksi ini iaitu Tasha Shila, Neelofa dan Anzalna Nasir.

Ya, mereka bertiga cantik. Tak dinafikan. Mereka bertiga jugan boleh dikira masih baru dalam industri tapi sudah pun mengecap populariti. Ya, ketiga aktres ni sangat popular, saat ini. Sebab itu jugalah agaknya masing-masing sudah pantas menunjukkan perangai ‘ala diva’. Tapi ingat yer cik Tasha Shila, cik Anzalna juga cik manis Neelofa. Kalau kalian masih terus dengan sikap bertelagah sesama sendiri, ianya akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas kalian akan disekat sekiranya didapati bersalah.

Itu peringatan tegas yang dikeluarkan oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).’

Minggu lalu kecoh apabila pengacara Nona, Neelofa didakwa telah memburuk-burukkan rakannya iaitu Tasha Shila. Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.

Ekoran dakwaan tersebut telah membawa kepada satu lagi pengakuan seorang pelakon iaitu Anzalna yang turut sama menerima nasib serupa diawal pembabitannya dalam dunia glamor. Pada Ahad lalu Anzalna telah menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

Memetik kenyataan di mStar, bagi menyekat agar pertelingkahan tiga aktres yang sedia menjadi rebutan ramai pihak ni berlarutan, Presiden Seniman, Zed Zaidi menerusi jawatankuasa yang disebutkan di atas memberitahu, pihaknya akan memanggil mereka bertiga untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

“Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.

“Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

“Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang,” kata Zed Zaidi.

Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

“Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

“Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya,” tegasnya.

iklan1 Isu Gaduh : Tasha Shila, Anzalna & Neelofa Diberi Amaran

Carian Anda :

  • neelofa gaduh dengan anzalna (165)
  • neelofa gaduh (88)
  • anzalna hot (86)
  • neelofa gaduh dengan tasha shilla (79)
  • neelofa gaduh anzalna (42)
  • anzalna neelofa gaduh (37)
  • anzalna gaduh dengan neelofa (37)
  • anzalna gaduh neelofa (22)
  • neelofa dejavu di kinabalu (15)
  • tasya shila seksi (15)

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Gossip Panas, Hiburan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Ueki Kousuke says:

    pegi mati laaa.

  2. Nurul Izyan says:

    neelofa busuk hati kot tak puas hati tasha menang.

  3. Bella Dean says:

    kalo the namenye artis..mm pasni tubuhkn skali pstuan utk kawal artis yg pkai seksi-meksi yer, bru artis kita bmaruah^____^.

  4. hye… pelakun2 muda yg cun2 nie, ape lagila yg tak cukup sampai gaduh sesama sendiri…. kan lebih elok dia org bincang elok2 dan kenang ape puncanya… sebagai artis, biarlah tunjuk contoh tauladan yg elok…

  5. Anonymous says:

    neelofa-nampak virgin tapi x.. hehehe.. biase.. ;) org perasan cantik memang selalu over. Hubby kata muka cunning.. maksudnya memang jahat lah tuh.. heeheh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: