[Info] 5 Faktor Mengejutkan Punca Terkena Serangan Jantung
Serangan jantung adalah merupakan punca utama yang menyebabkan kematian terutamanya kepada lelaki. Anda perlu mengetahui apakah faktor yang mendorong seseorang menghidapi penyakit jantung. Ia mungkin dapat mengurangkan risiko daripada anda terdedah kepadanya. Mungkin selama ini apa yang anda amalkan didalam kehidupan seharian tanpa disedari adalah punca untuk menghidap penyakit ini. Antara faktor yang menjadi punca penyakit jantung adalah……
(1) Kesesakan- Mungkin sebelum ini anda tidak tahu bahawa kesesakan adalah punca untuk seseorang menghidapi penyakit jantung. Ia menyumbang sebanyak 8% daripada orang yang menghidap penyakit ini. Sekiranya anda selalu terdedah kepada kesesakan, cuba mencari jalan untuk mengelakkannya.
(2) Senaman dilakukan secara mendadak- Senaman sememangnya adalah satu perkara yang baik untuk kesihatan. Tetapi, sekiranya ia dilakukan secara mendadak, ia akan meningkatkan risiko untuk anda menghidap penyakit jantung. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan secara mendadak menyumbang sebanyak 6% terhadap punca penyakit ini. Mungkin ia disebabkan ramai yang masih tidak tahu mengenainya. Lakukan senaman secara berperingkat.
(3) Pencemaran udara- Udara yang tercemar juga mampu menjadi punca untuk seseorang menghidap penyakit jantung. Walaupun ia adalah suatu perkara yang sukar untuk dikawal, tetapi anda boleh mencuba untuk mengelakkannya dengan mengurangkan aktiviti ke tempat-tempat yang pencemarannya agak tinggi seperti dibandar-bandar dan sebagainya.
(4) Emosi yang terganggu- Ketidakstabilan emosi seseorang juga boleh menjadi punca terhadap penyakit jantung. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa orang yang keadaan emosinya negatif menyumbang sebanyak lebih daripada 7% terhadap penyakit ini. Emosi yang tidak stabil akan meningkatkan kadar pengeluaran hormon adrenalin, kadar degupan jantung, dan kelekitan sel darah merah dan jika kesemunya digabungkan, ia akan menjadi punca penyakit jantung.
(5) Seks- Pasti agak mengejutkan anda mengapa seks turut menjadi faktor yang menyebabkan punca penyakit jantung. Risiko ini hanya akan dihadapi oleh seseorang yang jarang melakukan senaman. Ia kerana ketika seks, ia akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Sekiranya anda tidak mengamalkan senaman, kesan ini adalah sama seperti apabila anda melakukan senaman secara mendadak.-via Top5reason
Carian Anda :
- punca serangan jantung (40)
- kesan serangan jantung (21)
- kesan sakit jantung seks (1)
- kesan semasa serangan jantung (1)
- kesan serangan jantung kepada pesakit (1)
- punca punca terkena sakit jantung (1)
- sebab sebab kena serangan jantung (1)
- stress adakah punca serangan jantung (1)
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)
![[Info] 5 Faktor Mengejutkan Punca Terkena Serangan Jantung iklan1 [Info] 5 Faktor Mengejutkan Punca Terkena Serangan Jantung](http://rm20segera.com/banners/iklan1.gif)









