Gambar Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya Di PICC
Tahniah buat scha dan Awal kerana mereka berdua sudah pun selamat meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka berdua malam semalam. Majlis perkahwinan yang dihadiri lebih kurang 1500 orang tetamu itu diraikan dengan begitu meriah sekali di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Di majlis perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari yang bertemakan “The Simplest Wedding Of The Year” ini, kedua-dua pasangan tampil anggun dengan persalinan berona putih gading rekaan Syaiful Baharim.
Majlis resepsi perkahwinan Scha dan Awal ini juga turut dimeriakan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Shila Hamzah, Atilia, Salamiah Hassan dan Ning Baizura yang menyampaikan sebuah lagu khas buat Awal yang sememangnya meminati Ning Baizura.
Seperti biasa, sekali lagi Awal Ashaari membuat kejutan dengan menyanyikan lagu “Sedetik Lebih” buat Scha sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Scha yang terharu dengan kejutan itu menitiskan air mata tatkala suami tercinta menyanyikan lagu tu.
Jom kita lihat gambar-gambar menarik mereka. Semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Amin!
Carian Anda :
- perkahwinan scha dan awal (497)
- scha alyahya wedding (329)
- scha dan awal (223)
- gambar perkahwinan scha dan awal (131)
- scha al yahya wedding (82)
- gambar kahwin scha dan awal (78)
- awal ashaari wedding (75)
- awal and scha wedding (71)
- scha awal wedding (70)
- SCHA WEDDING (39)
Category: Gambar, Perkahwinan Artis
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)

























Sumpah cantik!!
sangat cantik….same padan….
lawa nyer….