Gambar Di Sekitar Majlis Pernikahan Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari
PUTRAJAYA – Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.
Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus.
Semasa majlis pernikahan ni berlangsung, pengantin perempuan telah menerima 7 dulang hantaran yang terdiri daripada set barang kemas Lazard Diamonds, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior, sehelai pakaian, senaskah Al-Quran, manisan kurma bersama kek, sirih junjung dan bunga rampai sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Manakala pengantin lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang terdiri daripada sebuah Mac Book, sepasang kasut jenama Hermes, seutas jam tangan Cartier, dompet jenama Bottega Veneta, sehelai baju melayu, senaskah Al-Quran, coklat berserta kek, sirih junjung dan bunga rampai.
Mas kahwin adalah RM2,050.
Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman di sini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Awani.
Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengumumkan bahawa majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 6 Mei.
Awal dalam sidang media bersama sebelum ini juga memberitahu bahawa dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.
Gambar sekitar majlis pernikahan Awal & Scha.
Carian Anda :
- baju nikah scha (75)
- perkahwinan awal dan scha (66)
- scha alyahya (64)
- awal dan scha (51)
- majlis perkahwinan scha dan awal (41)
- pernikahan scha dan awal (38)
- scha dan awal nikah (37)
- youtube perkahwinan scha dan awal (34)
- baju nikah scha al yahya (20)
- youtube scha dan awal (20)
Category: Gambar, Perkahwinan Artis
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)





















Cantik
so sweet….
semoga kekal sepanjang hayat..amin.
smoga kekal ke anak cucu..amin2yarabbalalamin…sweet sgt2..