Gambar Di Sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai
Tahniah kami ucapkan buat pasangan yang penuh kontroversi, Jejai dan Fasha Sandha kerana mereka berdua telah selamat dinikahkan. Majlis pernikahan Jejai dan Fasha Sandha yang diadakan di tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara, Noraberlangsung dengan penuh meriah sekali dengan kehadiran lebih 250 orang tetamu..
Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Tomok dan isteri, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar.
Dalam suasana yang romantis, Fasha Sandha telah dinikahkan dengan Jejai tepat jam 9.45 malam oleh bapa Fasha sendiri iaitu Hassan Umbichi Moideen. Dengan dua kali lafaz barulah akad nikah ini disahkan oleh saksi.
Pada Majlis pernikahan yang bertemakan rona lavender ini, Fasha telah tampil anggun dengan persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini, manakala Jejai pula tampil dengan baju melayu putih lengkap bersampin. Dalam majlis pernikahan ini, Fasha Sandha telah menerima RM8,888.88 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Selain itu Fasha Sandha juga menerima tujuh dulang hantaran yang berupa sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note, coklat dan tepak sireh.
Manakala Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran yang berupa sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat, sebentuk cincin, dan sebuah buku berjudul Terima Kasih Atas Cinta Ini.
Carian Anda :
- Fasha dan Jejai (61)
- baju kahwin scha (37)
- baju kahwin fasha sandha (24)
- fasha sandha dan jejai (16)
- baju nikah fasha sandha (16)
- fasha sandha bernikah (13)
- jejai (13)
- sekitar perkahwinan fasha sandha (11)
- baju nikah nurul syuhada (11)
- picture romantik fasha sandha (1)
Category: Gambar, Perkahwinan Artis
![Leypark [Dot] Com](http://i1115.photobucket.com/albums/k547/HazIssac/leyparkkkkkkkkkkkk2-2.png)






















