Gambar Dekorasi Hiasan Persandingan Norman & Memey Bernilai RM12 JUTA

| 03/10/2011 | 2 Comments

Hari ini penuh dengan post mengenai wedding Nabil & Zira serta Norman Hakim & Memey. Seperti nak membanding-bandingkan mereka pula ya? Hehe! Tak baikkan? Tapi apa salahnya kami nak share kepada anda semua. Jika Nabil & Zira bersanding di I-City Shah Alam yang berkonsepkan wonderland yang bagi i sangat simple, cantik dan menarik, lain pula pada Norman & Memey.

Ya lah kan, dapat tajaan JUTAAN RINGGIT, mesti kita nak tahu seperti mana decoration semuanyakan? Ok, i dengan baiknya paparkan gambar decoration Perkahwinan Norman & Memey yang telah berlangsung di Hotel Crowne Plaza.

Sebanyak tujuh tan bunga segar bewarna putih suci yang diimport dari New Zealand, Belanda dan China menghiasi Dewan Nirwana, Hotel Crowne Plaza sebagai simbahan rasa kasih dan sayang sempena persandingan bernilai RM12 juta dua sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Bunga-bungaan itu ialah dari jenis phalaenopsis, carla lilly, eustoma, matthila, apple blossom dan cherry blossom yang akan mendapat sentuhan magik daripada Nasrul Nasaruddin atau Nas dari penghias pelamin popular, Nas Great Idea.

6 1 Gambar Dekorasi Hiasan Persandingan Norman & Memey Bernilai RM12 JUTA

Katanya selain bunga-bungaan segar, mahligai ini akan diserikan dengan pelbagai hiasan menarik seperti kaki lilin, kotak cermin kaca, rumah lampu bewarna putih, buah-buahan plastik seperti anggur dan lilin yang akan melitupi seantero ruang dewan, di mana kos keseluruhan mencecah sekitar RM330,000.

“Ini adalah pertama kali saya merealisasikan konsep bercirikan perkahwinan glamor New York, di mana suasana di luar dewan nanti akan berubah wajah menjadi laluan serba putih manakala suasana di dalam dewan akan dihiasi dengan beberapa kanopi berlain suasana setiap satu.

“Inilah kelainan yang saya ingin terapkan dalam konsep perkahwinan Norman Hakim dan Memey kerana memang sudah kebiasannya saya hanya akan melahirkan sekali saja konsep atau identiti tertentu dalam mana-mana acara perkahwinan yang saya laksanakan sebelum ini,” katanya.

51 Gambar Dekorasi Hiasan Persandingan Norman & Memey Bernilai RM12 JUTA

Istimewa mengenai mahligai ini menurut Nas, apabila tidak akan ada pelamin seperti mana majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang lain kerana konsepnya lebih memberi tumpuan kepada pasangan pengantin dan tetamu untuk beramah mesra, sama sebagaimana majlis resepsi di kota epal itu.

“Inilah yang ingin saya buktikan dalam rekaan saya kali ini yang mana tidak semua majlis resepsi perlu di buat secara besar-besaran dengan jumlah tetamu yang ramai. Saya percaya konsep ‘itimate’ seperti ini akan menjadi ikutan masyarakat kita tidak lama lagi,”

Rekaan yang dihasilkan oleh Nas memang sangat menarik dan lawa bagi i. Memang cantik! Anda boleh lihat gambar-gambar lain di bawah ini. KLIK untuk besar. 20x20 big smile Gambar Dekorasi Hiasan Persandingan Norman & Memey Bernilai RM12 JUTA

Sangat cantik dan menarik decorationnya.

iklan1 Gambar Dekorasi Hiasan Persandingan Norman & Memey Bernilai RM12 JUTA

Carian Anda :

  • dekorasi rumah (24)
  • hiasan pelamin terkini (21)
  • pelamin tercantik (17)
  • nas great idea pelamin (17)
  • gambar lampu hiasan rumah (16)
  • majlis perkahwinan kakak artis (13)
  • hiasan dewan perkahwinan (13)
  • pelamin terkini 2012 (12)
  • gambar pelamin tercantik (11)
  • dekorasi pelamin (10)

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Gambar, Perkahwinan Artis

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. MuhdBurn says:

    ceh, meluat…
    MuhdBurn nak shared pasal..10 Gambar Dua Dalam SatuMy Profile

    • Nana says:

      nak buat macam mana u, sponsor la katakan.. hehe
      tp i suka tgk design dia.. lawa! (wlpun sponsor) hihi :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: