Filem Komedi Seram Hantu Bonceng Catat Kutipan RM5 Juta Dalam 5 Hari Tayangan

| 06/09/2011 | 1 Comment

7bm hantubonceng00 Filem Komedi Seram Hantu Bonceng Catat Kutipan RM5 Juta Dalam 5 Hari Tayangan

6 Sep – Filem komedi seram arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, “Hantu Bonceng”, telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan, sekaligus mencipta sejarah dengan kutipan tiket tertinggi ketika musim perayaan.

Ditayangkan serentak pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, lebih 500,000 penonton telah menyaksikan filem lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans ini di pawagam berdasarkan perkiraan tiket yang bermula daripada tarikh filem ini ditayangkan sehingga 4 September lalu.

Menerusi siaran akhbar daripada Excellent Pictures, Ahmad Idham mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanah air, termasuklah media, barisan pelakon filem “Hantu Bonceng” serta penonton.

“Saya menyeru kepada semua pihak yang belum atau yang sudah menonton “Hantu Bonceng” untuk pergi ke pawagam bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini. “Hantu Bonceng” adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara.

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima ini berterusan untuk memastikan “Hantu Bonceng” mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan dan kita mampu berbangga dengan produk filem sendiri,” kata Ahmad Idham melalui siaran akhbar tersebut.

Selain Zizan Razak dan Juliana Evans, “Hantu Bonceng” turut dibantu oleh Jue Aziz, Taiyuddin Bakar, Dottie dan Zahid AF. via Yahoo News

 

iklan1 Filem Komedi Seram Hantu Bonceng Catat Kutipan RM5 Juta Dalam 5 Hari Tayangan

Carian Anda :

  • hantu bonceng watch online (80)
  • barisan pelakon hantu bonceng (73)
  • hantu seram (33)
  • seram (12)
  • video tayangan filim hantu (12)
  • cerita komedi seram (3)
  • filem melayu hantu dan seram free to watch on line (1)
  • perayaan di malaysia (1)

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: Movie Review

About the Author ()

Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. Masleeyana@gmail.com. TQ!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: