Fasha Sandha Doa Kejayaan Suami, Jejai Menang Kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia

| 29/08/2012 | 0 Comments

fasha 1 Fasha Sandha Doa Kejayaan Suami, Jejai Menang Kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia

Pelakon Fasha Sandha tidak akan menghalang hobi suaminya Rizal Ashram Ramli untuk menyertai sebarang aktiviti perlumbaan kereta walaupun ia boleh membahayakan nyawanya.

Fasha atau nama sebenarnya Fasha Sandha Hassan, 28, berkata, sebagai seorang isteri, dia akan sentiasa menjadi tulang belakang suami selain percaya doanya dan keluarga mampu melindungi Rizal daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

“Saya tidak pernah halang apa-apa yang dia mahu buat. Yang penting, saya akan menjadi tulang belakang untuk menyokongnya. Malah saya juga sanggup berpanas di atas trek litar.

“Diakui, mana-mana isteri pun akan risau apabila suami berada dalam zon bahaya, tetapi saya percaya dengan kemampuannya dan berdoa kepada Allah supaya dia selamat dan berjaya.

“Seronok juga jadi pengurus peribadi suami, asalkan dia bahagia, saya sanggup buat apa sahaja,” katanya.

Rizal atau nama panggilannya, Jejai menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi dua perlumbaan di kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang diadakan pada 18 dan 19 Ogos lalu.

jejai 2 Fasha Sandha Doa Kejayaan Suami, Jejai Menang Kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia

Rizal berdiri di sebelah kereta model khas – Lamborghini Super Trofeo.

Pemandu daripada pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia itu menewaskan 18 pelumba lain dari seluruh Asia untuk memenangi perlumbaan yang diadakan di Ordos, China itu.

Kejohanan berkenaan pertama kali diadakan di Asia iaitu di Asia Litar Antarabangsa Sepang Mei lalu.

Dalam pada itu, Fasha yang turut menemani suaminya dalam kejohanan itu menganggap kemenangan Jejai adalah rezeki perkahwinan mereka dan anak dalam kandungan yang kini berusia kira-kira tiga bulan.

“Alhamdulillah syukur, kemenangan ini juga hasil daripada doa daripada keluarga kami. “Kiranya, berbaloi juga kerana inilah kali pertama saya beraya di luar negara tanpa keluarga.

“Tahun ini juga merupakan sambutan Aidilfitri yang paling seronok. Insya-Allah saya dan suami akan membuat majlis rumah terbuka bergabung dengan dua orang artis lagi,” ujarnya.

Tambah Fasha, dia dan suami akan berangkat ke Guandong China pada 15 September depan untuk kejohanan seterusnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha bersama barisan pelakon Kamal Adli, Scha AlYahya dan Fida Ibrahim bakal muncul menerusi drama Runtun Qalbu bermula 21 September depan di slot Zehra, TV3.

iklan1 Fasha Sandha Doa Kejayaan Suami, Jejai Menang Kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia

Carian Anda :

  • rizal ashram ramli (18)
  • doa untuk menang pertandingan (4)
  • syarikat jejai (3)
  • doa untuk memenangi pertandingan (2)
  • kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia (2)
  • AYAT UNTUK MENANG PERTANDINGAN (1)
  • doa isteri buat suaminya (1)
  • doa untuk menang peraduan (1)
  • rumah fasha dan jejai (1)

Tags: , , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Founder Leypark [Dot] Com dan akan mengumpul isu semasa, berita terkini, tutorial, video menarik, gambar menarik, tips cinta dan macam-macam lagi. Sila subcribe via Email di bawah untuk mendapatkan update dan info terbaru dari Leypark [Dot] Com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: