Eksklusif : “Saya Sudah Tawar Hati Dengan Mamat.” – Fida.
Masih ingatkah lagi anda tentang isu Fida Tanpa Tudung yang menampakkan sebahagian rambutnya? Dengar cerita sekarang, Fida sudah berminggu-minggu tidak bercakap ataupun bersemuka dengan kekasihnya, Mamat. Hal ini disebabkan perbuatan mamat yang dikatakan ‘tidak sengaja’ mengupload gambar peribadinya yang menampakkan rambutnya di internet.
Fida juga terkilan dengan gossip-gossip panas yang menimpa dirinya yang dikatakan pergi bercuti ke Singapura hanya bersama Mamat sedangkan Fida sendiri ditemani oleh saudara dan temannya sendri. Ikuti luahan Fida :
“Ketika aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor untuk beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila sampai di batam, kami menginap di situ. Ketika di batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan memuat turun di dalam internet.”
Fida juga memberitahu yang beliau sangat terkilan dengan perbuatan Mamat dan tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh mamat.
“Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat , gambar peribadi adalah simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan mengatakan dia mengalami masalah rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya terlalu mendalam bagi saya. Saya di hentam, dan dikutuk. Saya sangat terkilan dengan perbuatan Mamat. Alasan yang diberikan oleh Mamat menampakkan dirinya sangat tidak matang. Selepas kejadian itu, sudah berminggu-minggu saya tidak bercakap mahupun berjumpa dengannya”
Nampaknya, apa yang dikatakan dan dinasihatkan oleh Adda kepada Fida sendirinya nampaknya benar. Ya lah, Adda lebih mengenali Mamat kerana mereka pernah bercinta selama 2 tahun sedangkan usia perkenalan Fida dan Mamat baru menjangkau 7 bulan dan serius dalam sebulan dua yang lepas. Apa yang dinasihatkan oleh Adda kepada Fida? Anda semak entry yang lepas ya.
Fida juga menambah , “Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di internet. Namun yang pasti saya sudah diaibkan. Saya juga tidak paham kenapa Mamat mengupload gambar saya dan dia sahaja sedangkan kami pergi beramai.” Jelas Fida lagi, “Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apa yang berlaku sekarang nampaknya sudah menunjukkan sikapnya yang sebenar. Dia juga sudah mematahkan kepercayaan saya kepadanya.”
Fida kesal dan sangat terkilan. “Terus terang saya katakan, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang sudah tawar dan terluka dengan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap.”
Tambah fida lagi, jika mengikut hatinya yang marah kini, dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Mamat. “Buat masa ini saya tak boleh terima Mamat, nak bercakap atau berjumpa dengannya pun saya tidak mahu. Mamat pernah cakap, dia sayang saya. Sya sebenarnya tak paham apa erti sayang bagi Mamat. Kalau betul dia sayangkan saya, dia sepatutnya menjaga air muka dan maruah saya. Bukan mengaibkan saya! Bagi saya, sekiranya Mamat berasakan dirinya bersalah, dia harus minta maaf dengan ikhlas, tak perlu mempertahankan dirinya. Kesungguhannya saya tak nampak. Maaf mamat sudah tak berharga bagi saya lagi. Dia tak mampu mengembalikan maruah saya yang tercemar. Saya tak pasti di mana pengakhiran perhubungan kami ini. Saya seolah-olah dianiaya.” Kata fida dengan nada sebak.
Nampaknya fida pasti sudah mengerti apa yang dinasihatkan oleh adda kepadanya, kan? Kita tunggu apa kata Mamat pula lepas ni.
P/s : Apa kata anda?
Category: Footer, Gossip Panas
About the Author (Author Profile)
Im Masleeyana or you guys can called me, Nana! Just admin or penulis jemputan mengenai ruangan gossip di Leypark.com ini. Please email me if u guys have anything to share with us. [email protected] TQ!


















hahha lwkkkkkkkk sgtt..bkn apa..fida kata gmbar itu peribadi..ok fine klu dh peribadi gatai p tunjuk kt mamat tu sapa suruh..yg dk ambek gmbar bkk tudung tu sapa suruh..then..org kata org yg suka pretend nie TUHAN nk tunjuk jap je riaknya..yala wk2 awal2x dulu pkai 2dung kemain aihh..siap ngn brlakon konon nya xmau la pgg tgn nie..BERDOSA..tp,,spoiled plak ngn cita kasih alya tu..ambek kau..skali brlakon peluk2x yooo..dh tu kantoi plak xpkai 2dung kt luar actually..on the media xnk org rmy tau xpkai 2dung then buat la betul..2dung tu 24jam ats kepala..klu nk buang buang la dpn muhrim..ini..hahahha..funny..jgn blagak baik ok??
hehehe i no comment..
hihihi
Comment ler sikit Nana.. haha
Mr Leypark nak shared pasal..Gambar & Video Di Sekitar Majlis Berinai Persandingan Nabil & Zira
Twitter: Leyparkdotcom
banyak la u! hehehe
betul2..aku sokong..xpayahla nak salahkan org lain..yg jd msalh akt sni bkn prgai si mamat yg upload tu tapi kisah ko yg bukak tdung tu..dlm tb bukan main pkinyer..mlekat..rupe2nye hampeh..pastu leh plak nak slahkan mamat..adehhhh..ak xskong mamat sbb ak tau mamat pn lbey krg je playboynye..tp yg ko ni fida..xpyhla nak salahkan org maruah ko tu tercemar..awl2 lg da tcmar sbb ko kencing sume org dlm tv..ak rase cm bsyukur jgk dpt tau bnde ni sbb mamat buat..klu x aku duk puja ko mcm hape je..baik..pki tdung bagai…sudehhlaaaa…..
itulah, percayakan boipren lagi.. ish3
tu la tu kan bro.. huhuhu
Twitter: Leyparkdotcom
like like like! hehe
eh peliknye…kenapa percayakan si mamat tu….better cari org lain la fida.jangan dok gatal sgt buka tudung…buang masa je dia tu..dgn group sepah dah berpecah,ditambahnye dgn gf sendiri timbul masalah..
setuju!
zaman sekarang bukan semua boleh cayer kan.. hehe
Mr Leypark nak shared pasal..Gambar Dekorasi Hiasan Persandingan Norman & Memey Bernilai RM12 JUTA
Twitter: Leyparkdotcom
eleh. semua u setuju
attitude mamat tu sendiri kena ubah..
sabar aje larhh. hal da lama berlalu. tak boleh nak salahkan sesiapa. masing2 ada KESILAPAN tersendiri. nak patah balik pon tak guna lagi. yg penting, perbaiki kesalahan tu selagi belom terlambat lagi. =)
yaa! i sokong kata-kata u. semoga lebih berhati-hati lagi selepas ini yekkk